Nuffnang

TERKINI : Lelaki Dikehendaki Polis Kes Morais Serah Diri


Seorang lagi lelaki yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan mendiang Anthony Kevin Morais menyerah diri hari ini, menjadikan kesemuanya 11 orang yang ditahan berhubung kes itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata lelaki berkenaan R. Dinishwaran, 22, menyerah diri pada jam 4.15 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Maklumat awal dan gambar Dinishwaran bersama seorang lagi lelaki M.Vishwanath, 25, yang dikehendaki polis dan berjaya ditahan semalam, disiarkan pihak media pada Ahad.

Tahanan reman bagi Dinishwaran akan dipohon esok bagi siasatan lanjut, katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainuddin berkata tempoh reman enam daripada suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 28 Sept ini.

Mayat Morais, 55, Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini Rabu lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 Sept dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q. 

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top