Nuffnang

TALAM BERMUKA-MUKA!!! UMNO Masih Nak Simpan Pemimpin Begini?


Pemimpin UMNO nan seorang ini dah acapkali menimbulkan kontroversi dengan tindakan serta kenyataan yang tidak selari dengan UMNO mahupun kerajaan.


Hari ini secara rasmi Pakatan Harapan telah ditubuhkan. Tiada lagi Pakatan Rakyat. Pakatan Harapan terdiri daripada parti-parti DAP, PKR dan Amanah (walaupun Pendaftar Pertubuhan masih meluluskan permohonan nama dan logo parti berkennaan).

PAS tiada dalam Pakatan Harapan yang baru ini. PAS kembai menjanda. Janda berhias gitu.


Apa yang menarik di dalam mesyuarat pembentukan gabungan parti-parti pembangkang ini adalah kelibat kehadiran bekas Ahli Parlimen Temerloh dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Saifuddin Abdullah ke perhimpunan berkenaan di Hotel Empire, Subang Jaya.

Kenapakah UMNO masih menyimpan ahli sebegini yang kerap membuat teguran terbuka yang memihak kepada pembangkang. Apatah lagi hari ini beliau turut bersekongkol di dalam majlis pembentukan Pakatan Pembangkang. Tidak boleh pecatkah ini orang?

Apapun nama Pakatan Harapan ni 'legend'. Lebih kurang bunyinya seperti Patah Harapan atau Putus Harapan atau Pakatan tak ada Harapan. Bunyi macam merajuk dengan parti PAS sahaja. Tidak lama lagi Tinggal Harapan sajalah. Mari kita bilang berapa banyak sudah pakatan pembangkang yang ada.

  • Angkatan Perpaduan Ummah - Kojol.
  • Barisan Alternatif - Kojol.
  • Pakatan Rakyat - Kojol.
  • Pakatan Harapan - Tunggu PRU14 saja nak kojol.
- SUMBER

Persoalannya,

1. Apakah pengurusan UMNO akan hanya mendiamkan diri sahaja apabila ahli UMNO ini turut hadir dalam mesyuarat pakatan pembangkang ini?

2. Bukankah perlu untuk pihak pengurusan UMNO masuk campur dan memanggil Saifuddin Abdullah untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran beliau di dalam mesyuarat tersebut?

3. Dan jika di dapati melanggar dasar parti UMNO, bukankah Saifuddin Abdullah patut dilucutkan keahlian parti beliau?

Kita berharap agar pengurusan UMNO mengambil serius tentang isu ini.
Share this article

2 Komen:

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top