Nuffnang

Eiiii : Ekor Cicak Dalam Hidangan Lontong Di Pontian!!!

Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang sedang menikmati hidangan lontong terkejut apabila menemui ekor cicak di dalam makanan kegemarannya itu.

S Kalpana, 20 berkata, dia menjumpai ekor cicak berkenaan selepas hampir separuh daripada hidangan tersebut dinikmatinya kira-kira jam 10 pagi semalam.



Hidangan Lontong Berperisa Ekor Cicak Di Pontian Johor


Menurutnya, dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada ayahnya, T Sarvendaraja 55, yang turut terkejut dengan penemuan itu.

“Ayah membeli lontong tersebut untuk sarapan pagi di sebuah kedai makan yang sering dikunjunginya di kawasan bandar Pontian.

“Ketika menjamu selera, tiba-tiba saya terpandang ekor cicak. Saya was-was pada mulanya, namun selepas menunjukkannya kepada ayah, dia beritahu ia memang ekor cicak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya lagi, dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan kerana mula terasa sakit perut dan tekak menjadi loya.

Sementara itu, Sarvendaraja berkata, dia bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya walaupun sudah mendapatkan rawatan di klinik berikutan terdapat banyak kes membabitkan keracunan makanan dilaporkan kebelakangan ini.

“Mujur keadaan anak saya tidak serius dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan.

“Saya terus melaporkan kejadian ini kepada pihak Jabatan Kesihatan dan menunjukkan ekor cicak yang ditemui dalam hidangan lontong,” katanya.

Dia meminta pihak penguatkuasa mengambil tindakan tegas terhadap premis makanan terlibat supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.

Sumber : Sinar
Share this article

1 Komen:

  1. Ekor cicak putusnya pendek sahaja. ni ekor cicak yang dipotong dengan sengaja-panjang betul!!!
    Samada ini ekor cicak atau sotong itu yang kena jadi perhatian.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top