Nuffnang

TUKAR : Tanda Tanya Di Sebalik Penukaran KSU KDN



Akhirnya pada 24 Dis 2013 Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa telah membuat kenyataan bahawa KSU KDN, Datuk Seri Abd Rahim Mohd Radzi bertukar kementerian, menjadi KSU baharu Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mulai 1 Jan 2014.

Sungguhpun beliau menggantikan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf yang tamat tempoh perkhidmatan kontrak pada 4 Okt 2013, namun banyak pihak melihat pertukaran ini ada kaitan dengan isu Mat Sabu Syiah.

Datuk Seri Abd Rahim, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Malaya dan menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 3 Jan 1983. 

Abd Rahim yang berkhidmat sebagai KSU KDN mulai 19 Mei 2012 itu, pernah berkhidmat sebagai Timbalan KSU (Keselamatan) dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Korporat KDN.

Pada 12 Disember 2013, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi telah mendedahkan 10 bukti orang nombor dua Pas terlibat dengan fahaman Syiah.

Pendedahan KSU KDN itu dibuat ekoran ucapan Menterinya, Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno pada 2 hingga 7 Disember 2013 yang mengaitkan “orang nombor dua” parti PAS terlibat dengan Syiah.

“Kita tahu siapa pemimpin Syiah dalam PAS. PAS ketepikan perbezaan politik. Ini soal akidah dan keselamatan negara. Kita hairan bagaimana PAS memilih pemimpin Syiah untuk menjadi orang nombor dua (Mohamad) dalam PAS" kata Zahid. 

Pendedahan KSU KDN itu telah menjadi “bahan lawak” di kalangan rata-rata pengguna media sosial.

Kebanyakan mereka tidak dapat menerima hujah Mohamad kagum kepada pemimpin besar Revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini sebagai salah satu bukti beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu menganut fahaman Syiah. 

Datuk Saifuddin Abdullah dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti ikon anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian,
komunis, Hindu?

"Saya juga kagumi Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulis bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top