Nuffnang

PELURU SESAT!!! Pelajar Malaysia Cedera Di Mesir

SEORANG penuntut Malaysia di Universiti Al-Azhar, Mesir, cedera apabila pipi kanannya terkena serpihan besi dipercayai daripada peluru sesat yang dilepaskan secara rambang oleh pihak tentera, petang tadi.

Dalam kejadian sekitar 3 petang itu (waktu Malaysia), Zahid Naser, 27, penuntut kuliah Usuluddin universiti itu terkena peluru sesat ketika menghantar isterinya untuk menghadiri peperiksaan.

Jurucakap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang dihubungi berkata, mangsa dikatakan menggunakan jalan berhampiran kumpulan penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamed Mursi yang mengadakan demonstrasi aman berikutan Mursi dijadualkan dibicarakan di mahkamah pada hari sama.

Bagaimanapun, perhimpunan itu bertukar ganas apabila sekumpulan anggota tentera lengkap bersenjata api melepaskan tembakan rambang ke arah orang awam yang menyertai demonstrasi itu.





"Mangsa yang kebetulan melalui lokasi kejadian menuju ke pusat kuliah di universiti itu terkena serpihan besi dipercayai percikan peluru sesat yang mengenai mulut dan pipi kanannya,” katanya.

Mangsa kemudian segera dikejarkan ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, Zahid dilaporkan dalam keadaan stabil manakala isterinya yang menuntut dalam jurusan Ulum Islamiah tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Serpihan besi yang melukakan pipi mangsa berjaya dikeluarkan sebelum mangsa menerima jahitan," katanya.

Kejadian itu disifatkan berlaku secara tiba-tiba hingga menyebabkan mangsa terkandas di dalam kumpulan individu yang sedang melakukan demonstrasi itu.

Difahamkan, pihak PMRAM sudah mengeluarkan pekeliling kepada semua penuntut supaya meningkatkan tahap keselamatan dan menjauhi kawasan demonstrasi dilakukan.

Share this article

1 Komen:

  1. PMRAM di Mesir ialah ejen proksi PAS di Mesir... menyediakan perkadiran PAS utk budak belajar di Mesir sblm balik ke Msia jd balaci PAS..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top