Nuffnang

TRAGIS!!! Koperal Polis Mati Ditembak Dalam Operasi Di Pahang!!

KUANTAN – Seorang anggota polis ditemui mati ditembak pagi ini apabila petang semalam gagal dihubungi selepas beliau mengejar dua lelaki bersenjatakan dua laras senapang patah.

Koperal Abdul Halim Mat Ali, 48, ditemui mati dengan kesan tembakan peluru jenis penabur di bahagian muka dan dada di kawasan ladang Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) dekat Jaya Gading, di sini, kira-kira 9 pagi ini oleh pekerja ladang.

Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata kira-kira 6 petang semalam, mangsa dan tiga lagi anggota yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu terserempak dengan dua lelaki menaiki sebuah motosikal.



Gambar Hiasan

Dua lelaki itu didapati membawa dua laras senapang dan bertindak melarikan diri menyebabkan keempat-empat anggota polis dari Balai Polis Jaya Gading itu berpecah mengejar suspek, katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini, hari ini.

“Mangsa kemudiannya gagal dihubungi, gerakan mencari anggota dilakukan polis Kuantan selepas itu,” katanya.

Sharifudin berkata, polis turut menemui satu daripada dua laras senapang patah itu yang ditinggalkan berhampiran motosikal mangsa.

“Mayat anggota terbabit yang berasal dari Melaka dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk bedah siasat,” katanya dan menurutnya motif kejadian sedang disiasat.

Beliau berkata, polis kini giat memburu kedua-dua suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan. – Bernama
Share this article

5 Komen:

  1. Takziah diucap pd keluarga mangsa.Pada anggota keselamatan yg lain...disyorkn agar bila anda mengejar/ekori mangsa..(1)pastikan bilangan kita menyamai/melebihi mereka.(2)masa bertindak,biarlah agak berjarak 'to divert attention'.Anda penting.Sekarang ini 'you are own yr own'.Tenaga dan khidmat anda diperlukan sentiasa baik olih pihak yg suka/tidak.Dengan itu,berhati2lah...amalkanlh ayat2 pelangkah/pelindung yang perlu.

    BalasPadam
  2. Amalkan cari kawan dulu baru cari musuh.

    BalasPadam
  3. semasa bertugas dalam bidang keselamatan, tiada istilah kawan atau musuh macam suis on/off, tanda-tanda saspek yang berbahaya perlu diurus berhati-hati.

    Perlu membudayakan semula perasaan hormat dan menyanjung anggota keselamatan Negara Malaysia.

    Musuh yang nyata ialah ketika lahir satu pihak cuba lahirkan budaya memburukkan anggota polis yang kita sendiri tahu majoriti yg menjaga keselamatan kita adalah bangsa Melayu dan beragama Islam & penjawat awam lain.

    Tahziah pada pegawai polis dan sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada perajurit ini.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top