Nuffnang

PRIHATINKAH KITA? Adik Ini Guna Duit Syiling Bayar Yuran Sekolah!!




Pagi - pagi saya terima whatsapp gambar ini dari adinda saya. Ni gambar duit yuran seorang pelajar yang masuk mendaftar ke sekolah semalam di Kuala Lumpur. Datuknya membawa punjut duit syiling yang bernilai RM64.00. Itu pun tak cukup untuk membayar yuran sekolah tersebut. Guru - guru ' topup' untuk pelajar tersebut. 

Pelajar ini, kematian ibu sedari umurnya sebulan lagi. Bapa dipenjara kerana masalah dadah. Nenek bekerja sebagai cleaner dan akan tamat kontrak pada bulan Jun nanti. Datuknya sudah tidak berdaya untuk bekerja dan menerima bantuan PERKESO RM350.00. Berapalah sangat RM350.00 hidup di bandaraya Kuala Lumpur ini.




Bayangkan, semua orang menunggu untuk guru mengira jumlah duit syiling yang di bawa oleh datuk tersebut. Kasih seorang datuk untuk menyekolahkan anak ini. Semasa menulis cerita ini, saya beberapa kali terbabas kerana sebak. Dalam dunia semakin pantas ini, di ibu kota ini, masih ada golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar. Keluarga ini, sudah memohon beberapa kali bantuan zakat, namun kerana kerenah birokrasi , bantuan tidak disalurkan kepada mereka. 

Mungkin inilah sepatutnya tugas wakil rakyat atau pemimpin masyarakat. Mencari mereka yang terpinggir ini. Selalunya golongan ini, tidak akan meminta - minta untuk menagih simpati ramai. Malah mungkin hidup mereka lebih bahagia dengan jumlah wang yang sedikit tetapi dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya, inilah ladang pahala untuk kita yang setiap hari membazir. Membazir makanan, membazir pakaian, membazir masa dan sebagainya.

Kisah anak ini, mungkin ada juga di tempat lain. Cuma kita sahaja yang belum mencarinya. Saya juga ditunjukkan gambar anak - anak ini. Comel - comel dan gembira sahaja rupanya. Seronok hendak ke sekolah seperti orang lain juga. Namun bajunya tak serupa orang lain. Kekuningan, besar dan lusuh, mungkin juga pemberian orang lain. 




Gambar ini disebar bukan untuk menagih simpati. Gurunya yang sebar di kalangan rakan - rakan kami sahaja kerana sudah tidak tertahan lagi melihat kepayahan hidup yang anak ini bakal tempuhi. Mana tak sebak, belum pernah dalam sejarah sekolah, mengira duit syiling yang belum tentu cukup untuk dijadikan yuran sekolah.

Akhir kalam, duit gaji atau bonus yang kita terima, sedekahlah kepada golongan seperti ini, kerana di dalam duit gaji kita, pasti ada hak orang lain. Pengajaran juga buat saya, agar tidak mewahkan anak - anak, mana tahu ada rakan - rakan yang tidak bernasib baik. Pasti hati kecil mereka sayu dan tersentuh hati, mereka tidak semewah anak - anak lain. Tiada ipad, tiada tv mungkin, tablet pc jauh sekali. Mungkin pegang komputer hanya di sekolah.

Cerita ini bukan rekaan. Berlaku di sebuah sekolah rendah agama di Kuala Lumpur pada Januari 2014. Alhamdulillah, masih ada yang berhati mulia untuk membantu. Jika ada sebarang pertanyaan dan masalah, sila ajukan kepada saya atau komen di bawah.

(SILA KLIK SUMBER DI BAWAH UTK BUTIRAN DAN UPDATE MENGENAI KISAH INI)

Share this article

19 Komen:

  1. Kesiannye...kl dekat mana ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dari blog http://zunairahghani.blogspot.com/

      Zunairah Abdul Ghani7 January 2014 00:17
      akaun adik nur khatijah abdullah bank rakyat 220621244780, nur syafikah , bank rakyat 220141565286.

      Sila bantu

      Padam
  2. Sedihnya... mcm mana nak hubungi atok pelajar berkenaan.. email saya at ms_onie7661@yahoo.com

    BalasPadam
  3. sekolah mana? dua2 anak aku tak kena byr yuran pun. ni tahun bila?

    BalasPadam
  4. Nama sek:sek agama integrasi ar rahmaniah,taman dagang,ampang;nama cikgu: ustazah khadijah bt alang abu shuker,nama pelajar;1.nurkhatijah bt. Abdullah,2.norsyafiqah bt.abdul rahim,No hp ustazah:017-3078400

    BalasPadam
    Balasan
    1. KONTEK EXCO SELANGOR YB ISKANDAR -ADUN CEMPAKA SEKARANG...TAK JAUH DR PASTI TAMAN DAGANG TUU...

      Padam
    2. Muhammad Malik Mikial anak ko sekolah atas pokok ke takyah byr apa2. Mmg la skrg ni take kena byr yuran tp duit buku, co-curiculum, takaful semua kena byr ngok.

      Padam
  5. semuga adik manis dapat belajar dgn tenang dan bersungguh ya ... insyallah lepas tersiarnya kisah adik ni pasti ada pertolongan yg tiba terutama dari poliTIKUS tersohor negara terutama YB Lembah Pantai
    ingat pesanan ini ... bila dah berjaya sampai ke menara gading nanti jangan pula bersungguh2 berguling atas jalanraya ya ... tak baik untuk kesihatan

    BalasPadam
  6. blh sy dptkn almat adk nie??

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. tlg email almat adk nie kt cik_cik88@yahoo.com

    BalasPadam
  9. Emailkan kat saya maklumat keluarga ini.

    BalasPadam
  10. Mohon utk emailkan kpd saya no acc bank.. yuna_karisma@yahoo.com.my
    Terima kasih..

    BalasPadam
  11. Boleh hubungi ustazah Khadijah bt Alang Abd Shukur di talian 017-3078400 atau terus ke Sekolah Agama Integrasi Ar Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang.

    BalasPadam
  12. YB Saudagar Buah Ampang tak ambik tau ker .....

    BalasPadam
  13. komuniti masyarakat sekitar hendaklah lebih peka kepada penduduk yang mengalami masalah sebegini. Jika di Kg peranan lebih kepada penduduk disekeliling, JKKKK, Penghulu Dan Wakil Rakyat. Bantuan boleh melalui jabatan kebajikan, baitul mal dan badan2 NGO.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun tak kenal adik2 yg comel ni..tapi aku nk ucapkan time kasih kat semua hamba allah yang prihatin dan berhati mulia,yang membantu mereka..masih ramai rupanya insan yg prihatin dekat malaysia ni,semoga allah limpahkan rezeki kepada kamu semua..kalau ada insan-insan lain yang memerlukan,marilah kongsi sama2,kita sama2 bantu dengan ape yang ada..dunia cuma sementara..kepadanya jua kita kembali.

      Padam
  14. Walaupun tak kenal adik2 yg comel ni..tapi aku nk ucapkan time kasih kat semua hamba allah yang prihatin dan berhati mulia,yang membantu mereka..masih ramai rupanya insan yg prihatin dekat malaysia ni,semoga allah limpahkan rezeki kepada kamu semua..kalau ada insan-insan lain yang memerlukan,marilah kongsi sama2,kita sama2 bantu dengan ape yang ada..dunia cuma sementara..kepadanya jua kita kembali.

    BalasPadam
  15. terima kasih pada yang support adik2 nie, mana pegi golongan SIAL yang hanya tau sponsor artis je?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top