Nuffnang

PEMILIHAN UMNO : MUKHRIZ Sah Menang!!!






Belum pun selesai proses pemilihan, calon yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO, Mukhriz Mahathir telah mendapat kemenangan moral yang tidak dirancang dan dijangkakan sebelum ini.



The Malaysian Insider hari ini meminta maaf kepada calon Naib Presiden UMNO Datuk Mukhriz Mahathir, selepas beliau memberi tempoh sehingga jam 10 pagi kepada portal berita untuk berbuat demikian.

Mukhriz menuntut permohonan maaf itu selepasThe Malaysian Insidermenerbitkan artikel yang didakwa berbaur fitnah yang di antara lain mengatakan kempen beliau turut melibatkan politik wang.

“Kami diberitahu bahawa laporan itu tidak tepat,” kataThe Malaysian Insiderdalam permohonan maaf ke atas artikel yang bertajuk “Jentera kempen Mukhriz agresif, 'hujan emas' dijangka turun bermula lewat malam".

Portal itu juga berkata ia telah menarik balik artikel tersebut.

Menteri Besar Kedah itu berkata sekiranyaThe Malaysian Insiderenggan memohon maaf, ia akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

"Ini satu perbuatan berniat jahat yang bertujuan mencemar reputasi saya. Saya tidak pernah mengamalkan politik wang dalam karier politik saya. Sebaliknya saya penentang keras amalan politik wang. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhanThe Malaysian Insider,” beliau dilaporkan berkata.
Share this article

2 Komen:

  1. Salam, saya admin debatREMAJA. Web kami menyediakan platform untuk berbincang dengan lebih bermatlamat dan teratur. Selain itu kami menyediakan pertandingan untuk mencuba sistem baru ini. Saya telah cuba mencari emel untuk menghubungi tuan secara profesional, tetapi tidak menjumpai, maka saya terpaksa menggunakan ruang komen ini.
    Mohon kerjasama pihak tuan.

    BalasPadam
  2. Email me at beliabangkit@yahoo.com

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top