Nuffnang

PALSU : POLIS Buru Penyebar Berita Penahanan Captain Joseph Lakai!!!@PDRM



Pihak Polis telah mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menafikan sebarang penangkapan Captain Joseph Lakai, pemimpin pembangkang dari Sabah. Berita itu mendakwa Capt. Joseph ditangkap dan dipukul oleh Polis hanya kerana menyiarkan slogan "Sabah For Sabahan". Pihak yang bertanggungjawab sedang dikesan oleh polis kerana cubaan menghasut rakyat Sabah.



Akaun dan page-page facebook yang menghasut dan memecahbelahkan rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak juga perlu disiasat dan dipantau kerana ternyata banyak posting mereka cuba menghasut rakyat untuk keluar dari Malaysia dan menubuhkan negara sendiri yang nyata hanya bersifat dan berkepentingan politik semata-mata.

Kenyataan Media Ketua Polis Kuala Lumpur berkaitan maklumat tersebar dalam media sosial berhubung dengan tangkapan Captain Joseph Lakai dari Sabah.







Dakwaan ini telah disiasat dan maklumat ini adalah tidak berasas sama sekali. Berdasarkan kepada rekod polis tiada sebarang tangkapan dibuat sebagaimana didakwa dalam media sosial. 

Perkara ini mempunyai kecenderungan berunsur hasutan dan satu laporan polis telah dibuat untuk menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 bagi mengesan dan mengambil tindakan undang-undang ke atas orang-orang yang bertanggungjawab berhubung perkara ini. 

Antara Page dan akaun facebook seperti dibawah yang menyiarkan berita ini.







Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top