Nuffnang

Ada Parti Politik Baru Di Sarawak Mahu Sertai BN? Ape Cer?




"Kita memerlukan persetujuan dari semua parti komponen yang terdiri dari 13 buah kesemuanya" - Taib Mahmud


KUCHING: Kedudukan dua parti politik baru Sarawak yang mengaku ‘Mesra Barisan Nasional (BN)’ untuk menyertai parti induk BN bakal diputuskan dalam mesyuarat akan datang.

Ketua Menteri Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud berkata sebarang keputusan berhubung penyertaan parti baru itu tertakluk kepada keputusan mesyuarat BN pusat.

“Kita memerlukan persetujuan dari semua parti komponen yang terdiri dari 13 buah kesemuanya untuk membuat keputusan bagi menentukan mereka (parti baru) layak menyertai BN atau sebaliknya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau keputusan untuk menerima parti baru menyertai BN bukan dalam bidang kuasanya tetapi bergantung kepada budi bicara BN pusat.

Beliau berkata, satu mesyuarat BN pusat akan diadakan tidak lama lagi dan parti politik yang mahu menyertai komponen BN boleh mengemukakan permohonan untuk dipertimbang serta dipersetujui.

Ditanya mengenai permohonan parti baru itu untuk menyertai BN negeri, Pehin Sri berkata, “Mereka boleh memohon tetapi keputusan tetap akan diputuskan dalam mesyuarat BN pusat.”

Dua parti politik baru Sarawak, Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru telah menyatakan pendirian sebagai parti ‘Mesra BN’ dan mahu bergabung sebagai komponen BN.
Share this article

1 Komen:

  1. tak payahlah tambah lagi parti baru sertai Bn. 13 parti komponen Bn yang ada sekarang dalam Bn sudah banyak. Kpd parti baru mahu masuk Bn lebih baik ahlinya masuk saja dalam mana2 parti komponen dalam Bn dan tak perlu tambah parti komponen Bn lagi. 13 parti komponen Bn sudah cukup banyak.

    Parti pembangkang hanya ada tiga sahaja parti mereka dan kenapa kita tidak boleh lakukan seperti itu

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top