Nuffnang

PANASS!! Sebab Belum Berkahwin, Azalina Tidak Layak Sebagai Ketua Wanita?



Belum pun sempat menjejakkan kaki ke medan pertempuran, nampaknya Datuk Seri Azalina Othman Said telah pun mengangkat genjatan senjata. Tewas sebelum berjuang!!

Beliau yang dipetik dalam portal berita hari ini, melalui sumber dalaman sayap Umno itu menyatakan Azalina akan membuat pengumuman penting untuk tidak mencabar penyandang Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada 20 September akan datang.



“Beliau adalah seorang yang sayangkan Umno. Beliau juga adalah seorang yang setia kepada parti dan mendengar nasihat pucuk pimpinan. Walaupun beliau seorang pejuang dan bersedia menyahut apa jua cabaran tetapi beliau adalah seorang yang menghormati nasihat yang diberikan kepadanya,” menurut sumber dalaman itu.

Difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah menasihati Azalina agar menimbang semula keputusannya untuk mencabar Shahrizat.

Ini kerana ramai yang bimbang sebarang pertandingan yang sengit akan menggoncang sayap Umno itu apatah lagi Wanita Umno dianggap sebagai tulang belakang parti itu.

Azalina juga menjadi mangsa kritikan dan sasaran sesetengah pihak khususnya di kalangan wanita sendiri yang menganggap beliau tidak sesuai bertanding jawatan ketua wanita kerana belum pernah berumah tangga.

Misalnya pada Majlis Rumah Terbuka Wanita Umno Kedah baru-baru ini, Ketua Wanita Umno Negeri, Datuk Maznah Hamid dalam ucapannya menegaskan, wanita sentiasa boleh merujuk kepada Shahrizat jika mereka berhadapan dengan masalah keluarga kerana beliau sudah berumahtangga dan juga seorang ibu.

“Wanita itu adalah seorang ibu, isteri dan anak perempuan. Sesiapa sahaja yang hendak mengetuai pergerakan ini mestilah terlebih dahulu memiliki semua itu," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan Wanita Umno Datuk Hamidah Osman turut mencadangkan Azalina bertanding dalam jawatan Naib Ketua Wanita pada pemilihan yang akan berlangsung itu.

Ini kerana Azalina dilihat terlalu asing kepada sayap itu selain tidak pernah berada dalam pegerakan sayap parti itu, katanya.

“Saya tidak fikir dia (Azalina) faham tentang wanita dan gerak kerja kita.

“Sebab itu saya cadangkan dia bertanding jawatan naib ketua.

“Supaya beliau berada dalam organisasi dan faham bagaimana organisasi ini bergerak. Ini soal berhubung faktor kemanusiaan... maknanya dalam menggerakkan kerja parti ada bahagian kamu kena lembut, ada bahagian kamu kena tegas.

“Saya setuju secra total yang kita perlukan orang muda, tetapi orang muda yang nak datang itu mestilah faham organisasi itu.

“Dia tak boleh tiba-tiba terus nak bertanding jawatan utama. Apa akan berlaku jika nakhoda yang mengemudi kapal itu tidak tahu enjin-enjinnya,” katanya.
Share this article

7 Komen:

  1. salam ... mohon pautkan blog bidaman.blogspot.com , link blog anda dah diletakkan . tq

    BalasPadam
  2. adakah terdapat syarat status sebagai IBU,ISTERI,ANAK PEREMPUAN baru boleh memimpin pergerakan wanita.adakah statusnya menjadi penghalang?adakah dia pernah mengalami kegagalan dlm perjuangannya dlm memartabatkan agama,bangsa dan negara?adakah pergerakan wanita takut akan perubahan yg akan dilakukan?kenapa perlu ada penghinaan?agaknya pergerakan wanita selesa dgn pemimpin pergerakannya yg kalah dlm perjuangan.hanya populariti menjadi sandaran.kenapa perlu ada gertakan kononnya akan timbul perpecahan?adakah seorang ibu tidak perlu menerima pendapat atau nasihat dari anaknya?segalanya terpulang pada azalina samada mahu meneruskan atau tidak.sama2 kita tunggu.pilihan di tangan ahli pergerakan itu sendiri...bukannya spekulasi atau persepsi.hanya pandangan sahaja

    BalasPadam
    Balasan
    1. daripada kelantangan dan gaya kepimpinan azalina lebeh berketerampilan.. lagi pun penyandang telah pun menjadi "liability" kepada gerakan wanita setelah kes NFSC dan perletakan jawatan dari kabinet... wanita harus maju dan juga pendukung dan pendesak dalam induk party..

      Padam
  3. Kerana kita tahu kehidupan azalina, kehidupan sebenar dan bukan yg dipotretkan. Siapa Azalina?

    BalasPadam
  4. Kedua-dua ada liability.

    Wahai Wanita UMNO, carilah calon lain yg lebih telus.
    Presiden UMNO pun perlu tukar sebab kekalahan PRU13 tu lebih teruk dari PRU12.

    Cawangan kami pilih Ketua Pemuda dulu jadi Ketua Cawangan.
    Tapi Ketua Wanita baru ni tiga-suku PAS.

    Apa nak jadi UMNO ni ?

    BalasPadam
  5. Banyak benda lain lagi yg wajib difikirkan dari membuang masa memikirkan isu remeh temeh ni..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top