Nuffnang

TRAGEDI BERDARAH!! Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Disondol Kereta!!




Tidak terbayang bagaimana perasaan seorang ibu dan ayah apabila mengetahui anak mereka yang baru berusia 2 tahun menemui ajal dengan cara begini.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila jasadnya ditemui dalam keadaan terduduk secara melutut dihimpit ke dinding rumah teres manakala kedua-dua belah tangan memegang selipar di Taman Kerian, Parit Buntar di sini semalam.


Lebih menyedihkan apabila tragedi pada pukul 12.30 tengah hari itu berlaku selepas abang mangsa yang berusia empat tahun menghidupkan enjin kereta bapanya sebelum kanak-kanak itu memasukkan gear undur.

Tindakan si abang itu menyebabkan kereta jenis Mazda tersebut bergerak secara mengundur lalu merempuh si adik yang berada di belakang kereta untuk memakai selipar. 








Kepada keluarga mangsa, kuatkan semangat dan banyakkan bersabar. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Kepada Muslimin dan Muslimat, meri kita sedekahkan Al-Fatihah..
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top