Nuffnang

INI YANG SEPATUTNYA!! Nik Abduh Senada Dengan Takiyuddin Kecam Karpal Singh!!



Selepas Takiyuddin Hasan, muncul pula Nik Abduh membalun Karpal Singh berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Karpal Singh sebelum ini telah mengugut agar Ahli-Ahli Parlimen Melayu-Islam PAS dan PKR bersama-sama DAP untuk mendesak agar Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara membabitkan penentuan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah.

Setakat ini hanya Nik Abduh dan Takiyuddin Hasan yang bersuara manakala para pemimpin vokal PAS yang lain terutama sekali Idris Ahmad, Mahfuz Omar mahupun Nasruddin Tantawi belum lagi bersuara dan menyatakan pendirian mereka. Bahkan Abdul Hadi Awang juga barangkali hanya melihat perangai anak-anak buahnya sebelum menerima desakan dan tekanan daripada Lim Kit Siang serta Anwar Ibrahim agar bersetuju dengan kehendak Karpal Singh.

Menariknya, jumlah Ahli Parlimen MIC dan MCA yang terlalu sedikit, mengundang Karpal Singh untuk mendesak Ahli-Ahli Parlimen dari PKR dan PAS agar akur dengan KETUANAN DAP serta menyokong saranan agar Perlembagaan dipinda membabitkan hal ehwal agama Islam.

Walau apa pun hujah dan kata-kata yang dilemparkan oleh Nik Abduh serta Takiyuddin Hasan kepada Karpal Singh, sebenarnya lebih ramai yang ingin melihat sejauh manakah pendirian mereka dalam mempertahankan kepentingan dan hak umat Islam di Malaysia berdasarkan Perlembagaan, akan bertahan.

Yang pasti, DAP akan mula membuat kacau sepertimana mereka melakukannya terhadap Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali pada penggal lalu. Anwar Ibrahim yang menjadi proksi Kit Siang, sudah pun bersuara dan telah pun memperkatakan tentang pentingnya undang-undang mengenai kepentingan umat Islam dicabar dan diserahkan kepada bukan Islam meskipun agama rasmi Persekutuan adalah Islam dan ianya termaktub dalam Perlembagaan.

Kita tunggu berapa lama masa yang akan diambil oleh DAP untuk mendominasi PAS dan Nik Abduh serta Takiyuddin akan menerima bahana daripada keceluparan mulut dan lidah mereka terhadap Karpal Singh.

-  SUMBER
Share this article

2 Komen:

  1. alahai hamPAS..yang pergi bekerjasama dgn KAFIR DAP dan MUNAFIK PKR ni pe hal..so skrg nak bantah pulak..tu la kalau jahil dgn amaran Allah dalam Al Quran ..sbb Allah Maha Tahu sikap nya orang kafir dan munafik..dan Allah telah menunjukkan kebenaran nya..

    BalasPadam
  2. Hj.Hadi n Hj.Nik Aziz(ayoh nik abdud)srta ahli Dewan Ulamak PAS yg lain bgaimana?Spatutnya kalau btul2 brjuang utk Islam buat la tunjuk perasaan besar2an bantahan trhadap kafir harbi trsebut(karpal).Ni dok....505 yg tak tau ape tujuan kuar bramai2.Mana Hasan Tantawi ketua pemuda PAS?Ko tekelok dok batu bila bunyi karpal?Serban aje besar.Buat malu aje pejuang Islam sorang ni.Hem...brjuang utk perut.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top