Nuffnang

HALAL : Old Town Ambil Masa 6 Tahun!!



Oleh kerana pemboikotan produk DAP mendapat sambutan yang menggalakkan, baru sekarang OTWC mendapatkan Sijil Halal bagi produk makanan mereka. Ini bermakna selama ini Melayu 'town' yang berasa standard melepak di OTWC menyuap makanan yang belum tentu halal ke mulut mereka.

Masa yang mereka ambil untuk mendapatkan sijil halal ini ialah 6 tahun selepas isu makanan mereka tiada Sijil Halal digembar-gemburkan. Malah, Pengerusi DAP Perak yang dikatakan pemilik bersama OTWC pernah menyindir umat Islam di negara ini "minum kopi pun kena ada sijil halal?"





 - SUMBER


Apapun, pensijilan kerana terngadah selepas terhantuk ini tidak mungkin memberi makna sangat jika umat Islam berterusan bertindak bijak dalam memilih apa yang perlu disuapkan ke mulut mereka untuk dijadikan darah daging. Pemboikotan tidak mungkin terhenti. Apatah lagi untuk perniagaan yang berkait dengan DAP.

Old Town White Coffee terima sijil halal

PETALING JAYA 8 Julai - Masyarakat Islam di Malaysia dan Singapura yang gemar menikmati kopi dan makanan di Oldtown White Coffee boleh menikmatinya tanpa waswas kerana rangkaian kafe itu telah memperolehi sijil halal.

Di Semenanjung Malaysia, 168 kedai Oldtown White Coffee telah diberi sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sementara di Singapura, Majlis Agama Islam Singapura telah membuktikan bahawa semua lapan cawangannya di republik itu adalah halal.

"Kami mahu mengembangkan asas pelanggan Islam kami kerana sebelum ini, 80 peratus daripada pelanggan kami di Malaysia terdiri daripada bukan Muslim.

"Kini, semenjak jenama kami telah di iktiraf oleh Jakim sebagai halal, kami berharap untuk menarik pasaran masyarakat Islam pula," kata Pengarah Eksekutif Oldtown White Coffee Bhd., Clarence D' Silva pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, cawangan di Malaysia Timur akan mendapatkan sijil halal mereka tidak lama lagi.

Mengenai rancangan pengembangan syarikat, beliau berkata Oldtown White Coffee akan membuka antara 20 hingga 30 cawangan menjelang akhir tahun di Malaysia.

Oldtown White Coffee pada masa ini mengendalikan 29 cawangan di China dan Indonesia. 

- BERNAMA 
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top