Nuffnang

Parlimen Belia Ditangguh Hingga Tahun Depan – Khairy



KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pelaksanaan Parlimen Belia terpaksa ditangguh sehingga awal tahun depan bagi memastikan anggota perwakilan yang dipilih menggambarkan representasi sebenar kumpulan itu.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setakat ini jumlah pendaftaran pemilih bagi kesemua 222 kawasan Parlimen hanya 15,516 orang.

“Di sesetengah kawasan, bilangan pengundi yang berdaftar hanya tujuh orang, jadi kita terpaksa tangguhkan sebab saya rasa ia tidak menggambarkan representasi sebenarnya (belia) jika tujuh orang sahaja yang mengundi anggota Parlimen, maknanya dia tidak mendapat perwakilan sebenar,” katanya.

Khairy menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang meminta penjelasan mengenai pewujudan Parlimen Belia yang dicadangkan sejak 2011 oleh Makmal Transformasi Belia Negara.

Ia merupakan usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar apa yang disebut sebagai Generasi Y di negara ini.

Tujuan utama pelaksanaan Parlimen Belia adalah melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara pada masa ini dan akan datang.

Pendaftaran pemilih Parlimen Belia dibuka kepada warga Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun semasa.

Menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) sama ada kementerian berhasrat membawa Festival Belia ke seluruh negara, Khairy berkata ia sememangnya penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Ini satu pembaharuan yang akan kita lakukan kepada Festival Belia untuk memastikan ia dapat dirasai di peringkat akar umbi. Kita tidak mahu penganjurannya hanya tertumpu di Putrajaya.

“Kita bercadang untuk menganjurkan festival ini dari peringkat daerah dan negeri sebelum dibawa ke Putrajaya…kita hendak perbanyakkan program bersifat ‘Road to Putrajaya’ supaya semangatnya turut dirasai di seluruh pelosok negara,” jelasnya.

KLIK Untuk Maklumat Lanjut :

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top