Nuffnang

AMEKKAU!! Sasaran Peragut Rupanya Sarjan Polis!!



Kuala Lumpur: Cubaan seorang lelaki meragut telefon bimbit seorang anggota polis menemui padah apabila ditahan di Wangsa Maju di sini, kelmarin. 

Suspek yang dipercayai aktif melakukan jenayah ragut sekitar ibu negara sejak beberapa bulan lalu, ditahan jam 8.30 malam. 

Dalam kejadian itu, Sarjan Thillak Manokaran, 26, yang juga penolong pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, sedang menggunakan telefon bimbitnya ketika berjalan menuju restoran bersama dua rakan setugas di Rampai Niaga, Wangsa Maju. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125-Z, yang datang dari arah belakang, meragut telefon bimbit milik Thillak sebelum memecut. 

Berikutan itu, rakan setugas Thillak mengejar suspek dan berjaya menahannya. Seorang anggota polis yang bergelut dengan suspek turut cedera ringan. 

“Meskipun cedera, anggota berkenaan berusaha menahan suspek dengan harapan supaya jenayah ragut tidak lagi berulang,” katanya. 

Suspek dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju untuk pemeriksaan dan polis turut menemui semula telefon bimbit itu. 

Siasatan awal mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, tetapi dipercayai terbabit dalam beberapa siri kejadian ragut sekitar ibu negara terutama di daerah Sentul. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah samun. 

Sumber berita dan gambar: BH Online
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top