Nuffnang

AMARAN : Polis Beri Amaran Buat Parti Bertanding!!




Antara penyokong parti yang kelihatan di luar pusat penamaan calon, semalam.


BESUT – Polis Terengganu akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti politik yang didapati melanggar peraturan termasuk membawa kanak-kanak ketika perarakan penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut, Kampung Raja, di sini, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa berkata, tindakan itu dibuat susulan laporan yang dibuat pegawai polis bertugas di kawasan berkenaan selepas mendapati ada penyokong parti politik tetap berdegil dan melanggar larangan dengan membawa kanak-kanak ke lokasi berkenaan.

“Kita akan buat laporan untuk tindakan, malah kita turut merakam gambar mereka yang terlibat dan secara terang-terangan melanggar arahan serta undang-undang ditetapkan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut sebaik selesai proses penamaan calon, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Hamzah.

Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Jamshah mengakui berpuas hati dan berterima kasih kepada semua pihak termasuk penyokong yang memberikan kerjasama kepada polis sepanjang proses penamaan calon tanpa berlakunya insiden tidak diingini.

“Sekali lagi saya ingatkan kepada calon dan parti bertanding supaya mematuhi undang-undang ditetapkan di dalam Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 sepanjang tempoh berkempen termasuk memohon permit mengadakan ceramah, tidak mengedarkan bahan kempen tanpa permit dan sebagainya," katanya.

Mengulas mengenai permohonan permit, pihaknya akan memberikan kerjasama kepada kedua-dua parti termasuk meluluskan permohonan mengadakan ceramah serta-merta sekiranya tidak bertembung dengan parti lawan di lokasi berdekatan.

“Setakat ini (semalam) kita belum menerima sebarang permohonan mengadakan ceramah, namun kita sememangnya terbuka dan tiada masalah memberi kelulusan (permit ceramah) kepada mana-mana parti dan semua akan dilayan sama rata.

“Justeru, semua pihak diminta mematuhi peraturan kita buat ini demi menjaga keselamatan calon dan penyokong parti daripada berlaku kejadian tidak diingini sekiranya ceramah yang tidak mendapat permit diadakan di kawasan bertentangan atau berdekatan nanti,” katanya.

Selain itu, polis tidak menolak kemungkinan berlaku suasana panas berikutan tumpuan diberikan pada PRK kali ini yang turut melibatkan petugas dari luar.

Bagaimanapun katanya, polis memberi jaminan anggota keselamatan yang bertugas mencukupi untuk mengawal keadaan sepanjang tempoh kempen dan hari mengundi nanti.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Hamzah.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top