Nuffnang

HAPRAK : Anak Melayu Yang Sanggup Jadi Barua DAP Di Sarawak!!!


Abdul Aziz Isa nama yang cukup dikenali di kalangan parti DAP menyertai DAP disebabkan terlalu ghairah untuk menempatkan dirinya sebagai pemimpin. Dalam DAP anak Melayu Haprak diperkudakan pemimpin senior DAP tetapi kerana Abdul Aziz Isa terlalu inginkan jawatan dirinya sanggup diperkudakan pemimpin DAP. Anak Melayu Abdul Aziz Isa ini haprak kerana terlalu inginkan jawatan mereka sanggup menjadi kuda tunggangan DAP.

Abdul Aziz Isa yang merupakan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen pernah ditahan atas dakwaan menghina perdana menteri di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak menjejaskan keamanan.

Pemimpin haprak yang bernama Abdul Aziz Isa ini diibaratkan si luncai dengan labunya, sehinggakan akhirnya mereka tidak ke mana-mana pun dan sekadar menjadi bola tendangan DAP. DAP tidak akan pernah menghormati orang Melayu dan akan terus bersikap sedemikian jika mereka berkuasa kelak. Abdul Aziz Isa ini juga berperanan dalam, membuat fitnah lagi-lagi yang melibatkan isu-isu kaum Melayu dan Islam dan juga boleh digunapakai dalam strategi DAP memperluaskan poengaruhnya di Malaysia. 

Abdul Aziz Isa ini sewajarnya digelar BARUA atau KELDAI kepada DAP kerana sanggup mempertaruhkan maruah bangsanya sendiri kepada parti Chauvinist itu. Tidak mustahil selepas ini sokongan orang Melayu akan bertambah untuk DAP pada pilihan raya kali ini. Dan tidak mustahil juga selepas ini hak dan keistimewaan Melayu dan agama Islam akan dipertikaikan oleh puak-puak DAP lagi-lagi orang Melayu haprak seperti Abdul Aziz Isa ini kerana DAP sudah mempunyau ramai pakar dari golongan anak Melayu haprak yang sanggup mengkhianati bangsa dan agamanya sendiri.

Kita seharusnya bersama-sama tolak Pakatan Harapan agar mereka ini tidak memudaratkan keamanan dan kesejahteraan rakyat di Malaysia ini. Dalam tempoh pilihanraya yang semakin hampir ini, Barisan Nasional seharusnya mewujudkan barisan saf yang kuat sebagai wadah perjuangan untuk Melayu terus menguasai pentadbiran dan pemerintahan negara. Rakyat tidak sekali-kali rela diperbodohkan oleh Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP dan Pakatan Harapan.


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Fazruddin Abdul Rahman pernah mengeluarkan kenyataan ke atas Abdul Aziz Isa ini.

“Kami sebagai ahli parti yang berjiwa dan mendukungi rakyat, akan sentiasa memfokus akan khidmat kepada masyarakat dan tidak berpolitik sepanjang masa, seperti yang dilakukan Aziz.

“Pada masa yang sama, kita mengharapkan saudara Aziz lebih beradab dan berbudi bahasa …. sesuatu yang sepatutnya kita tonjolkan sebagai pemimpin masyarakat,” 

Beliau membidas kenyataan Aziz yang menggunakan istilah ‘otak ketupat’, ‘jiwa belacan’, ‘bodoh’,’bangang’, ‘bigik kedaung’ dan ‘mangkuk ayun’ bagi menggambarkan pemimpin Sarawak.

“Beliau sebagai pemimpin di peringkat parti DAP harus menunjukkkan contoh yang baik kepada masyarakat kita terutama kepada golongan belia.

“Kerana apa yang lebih penting ialah pembangunan belia kita … dengan memastikan budaya yang diterapkan dalam kalangan belia adalah budaya yang positif.

Dengan budaya positif tegasnya, baharulah Sarawak boleh menghasilkan belia yang dapat memberi khidmat bakti, atau yang dapat memberi sumbangan yang besar kepada negeri Sarawak.

“Bagi kami yang lebih penting ialah pembangunan negeri Sarawak, bukannya politik remeh-temeh yang dibawa DAP,” tambahnya lagi.

Aziz melenting dan mengamuk apabila Menteri Pelancongan Kesenian Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkannya “buta sejarah”, setelah mengeluarkan kenyataan bahawa “Malaysia Tidak Pernah Merdeka” pada 30 Ogos lalu. – Sarawakvoice
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top