Nuffnang

PANASSS!!! Syarikat Jualan Barangan Sukan Terkenal Didakwa Larang Staf Solat!!!


Sedang tular di Instagram satu screenshot perbualan WhatsApp kumpulan syarikat terkenal itu yang menyatakan staf mereka tidak dibenarkan untuk ambik masa berhenti bagi menunaikan solat. Dua akaun reseller di Instagram iaitu store_box dan fleey.snkr telah memuat naik screenshot ini.


Untuk rekod, JD Sports merupakan rangkaian barangan sukan dari United Kingdom (UK) yang semakin berkembang di Malaysia. Boleh dikatakan banyak kasut rare yang boleh didapati menerusi rangkaian butik JD Sports ini.

Menurut komen seorang individu di gambar store_box, beliau pernah bekerja di JD Pavilion dan kerana sebab ini beliau berhenti dan tidak lama bekerja di sana. Di ruangan komen juga, pelanggan JD Sports yang bukan beragama Islam juga tidak bersetuju dengan cara JD Sports ini. Menurut mereka, tidak terjejas peniagaan jika membenarkan staf pergi menunaikan solat untuk 10-15 minit.

MAKLUMBALAS JD SPORTS

JD Sports Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung spekulasi yang ‘panas’ diperkatakan semalam. Di sini adalah kenyataan rasmi dari pihak JD Sports Malaysia berhubung spekulasi tersebut
“Kami memahami sentimen yang mengetengahkan perihal JD Sports Pavilion yang menolak hak pekerja kami untuk menunaikan solat. Kami ingin memaklumkan dan menjamin semua pelanggan, rakan-rakan dan rakan kongsi yang beragama Islam bahawa ini bukan polisi yang kami amalkan, dan ianya merupakan tindakan seseorang individu yang melanggar falsafah syarikat JD Sports.
Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang kelakuan yang tidak menghormati hak budaya dan agama masing-masing. Kami telah menyiasat kejadian ini dan mengenal pasti staf yang bertanggungjawab atas hal ini. Perkhidmatan individu tersebut telah ditamatkan serta-merta atas salah lakunya selepas melaksanakan siasatan dalaman secara terperinci.
Walaupun JD Sports merupakan sebuah syarikat antarabangsa, kami akan terus menerap dan menjaga nilai budaya serta kepercayaan agama masing-masing. Kami tidak akan bertoleransi terhadap sebarang tingkah laku yang melibatkan unsur-unsur diskriminasi dan akan terus mencuba sedaya upaya untuk mengekalkan prinsip dan nilai ini.”
Semoga kes ini menjadi ikhtibar kepada semua serta syarikat-syarikat di luar sana agar sentiasa menjaga keharmonian serta kepercayaan agama masing-masing. Tahniah buat JD Sports Malaysia yang menangani kes ini secara professional dan tegas.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top