Nuffnang

PRU 14 : Mahathir "Kena Game" Dengan Bekas Pegawainya Sendiri?


“Saya tak tahu apa matlamat tersirat Azmin lepas kerusi Gombak, cuma saya boleh sebut bahawa kerusi Gombak tidak selamat bagi PKR.

“Bila dia sendiri tidak selamat, saya yakin Dr Mahathir lagi tidak selamat sebab pengundi Gombak ini pengundi bandar yang melalui reformasi zaman Dr Mahathir. Mereka nampak apa yang berlaku.”

Seorang penyelidik PAS berkata kajian dan analisis menunjukkan Parlimen Gombak bukan kerusi selamat buat Datuk Seri Azmin Ali selepas PAS memutuskan kerjasama dengan PKR, dan lebih berbahaya buat Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata menteri besar Selangor itu sendiri tidak akan dapat mempertahankan Gombak apabila berlaku pertandingan 3 penjuru.


Zuhdi ditemui pemberita selepas kuliah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Taman Melawar hari ini.

Beliau diminta mengulas kesediaan Azmin memberi laluan kepada Dr Mahathir bertanding di Gombak pada pilihan raya umum ke-14 yang tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

Zuhdi tidak nampak Dr Mahathir sebagai calon boleh menang di Gombak kerana bekas perdana menteri itu lebih berpotensi di Langkawi, Kedah.

“Saya tidak tahu apa matlamat sebenarnya tapi langkah itu akan menggagalkan Dr Mahathir jadi perdana menteri,” katanya.

PAS, BN setanding di Gombak

Kerusi Gombak antara kerusi yang mempunyai jumlah penyokong PAS dan BN yang ramai. Dua daripada 3 DUN di bawah Parlimen itu dimenangi PAS sejak 2 penggal lalu.

Azmin memenangi Parlimen Gombak sejak 2008. Beliau menumbangkan Datuk Said Anuar Said Ahmad dari Barisan Nasional pada PRU12 dengan majoriti 6,867 undi, dan sekali lagi mempertahankan kerusi itu pada PRU13 dengan majoriti undi merosot kepada 4,734 undi.

Pengaruh PAS dan BN kelihatan hampir setanding di DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang. Wakil rakyat PAS, Hasbullah Mohd Ridzwan, mempertahankan kerusi Gombak Setia dengan majoriti 1,681 undi, manakala wakil rakyat Amanah, Saari Sungib, mempertahankan kerusi Hulu Kelang dengan majoriti 2,811 undi.

Wakil rakyat PKR, Amirudin Shari mempertahankan kerusi DUN Batu Caves dengan majoriti 3,261 undi.

Nasib calon-calon Pakatan Harapan, termasuk Azmin, di Parlimen Gombak dan DUN di bawahnya menjadi persoalan selepas PAS sebulat suara memutuskan kerjasama politik dengan PKR April tahun lepas.

Sekiranya perseteruan antara PAS dan PH berterusan sehingga hari pengundian, PRU14 mungkin menyaksikan pertandingan 3 penjuru di 4 kawasan tersebut, lantas memberikan kelebihan kepada BN.

PH sebelum ini sudah menetapkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan Amanah 27 kerusi.

Mahathir Tolak Tawaran Azmin

Tun Dr Mahathir Mohamad semalam menolak tawaran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengundur diri dari kerusi Parlimen Gombak yang disandangnya sejak 2008.

Sebaliknya, pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang juga calon perdana menteri gabungan itu berkata beliau lebih berminat kepada 3 kerusi iaitu Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya.

“Saya belum fikir mengenai kerusi Parlimen Gombak lagi,” katanya selepas merasmikan PPBM Bahagian Setiawangsa malam tadi.

“Terima kasih banyak tetapi saya sudah buat keputusan di antara 3 kerusi ini,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top