Nuffnang

TUMPUAN : Pasukan Polo KJ VS Pengiran Muda Mateen #KL2107 #KitaJuara #BangkitBersama @KhairyKJ @TeamMalaysia


Perlawanan acara ekuestrian polo Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pastinya menajdi tumpuan dan bakal membuka tirainya pada 22 Ogos iaitu hari ini apabila pasukan Singapura menentang Thailand pada sebelah pagi manakala Malaysia akan menentang pasukan Brunei pada sebelah petang di Taman Ekuestrian Putrajaya.

Pertembungan ini bakal menyaksikan pasukan Malaysia yang terdiri dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menentang pasukan kerabat diraja dari Brunei yang disertai Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Justeru, Taman Ekuestrian Putrajaya hari ini bakal dipenuhi dengan peminat sukan berkuda serta peminat kedua-dua ikon ini.


Pasukan Polo Malaysia:

1. Khairy Jamaluddin
2. Shaik Reismann Mohamed Ismail
3. Muhammad Faizal Abu Bakar
4. Abdul Rashid Hasnan
5. Amran Selamat
6. Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman
7. Mohd Zulhelmi Nadzar


Pasukan Polo Brunei:

1. Pangiran Muda Abdul Mateen Bolkiah
2. Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah
3. Pangiran Muda Bahar Bolkiah
4. Pangiran Muda Abdul Qawi
5. Huzaimi Haji Mahari
6. Mohamad Huzaimi Husin

Pengurus pasukan Malaysia, Mohamad Zekri Ibrahim melahirkan rasa bangga kerana Khairy menyertai pasukan itu, tambahan pula menteri berkenaan adalah seorang pemain polo yang berpengalaman dan menunjukkan komitmen yang tinggi dalam permainan itu. 



Bagi pasukan Brunei pula, Pangiran Muda Abdul Mateen yang merupakan barisan keenam pemegang takhta kesultanan Brunei cukup dikenali ramai sebagai seorang yang aktif bersukan manakala kekandanya, Azemah Ni'matul antara dua pemain polo wanita bagi acara ekuestrian polo KL2017. Selamat berjaya kepada kedua-dua pasukan dan Malaysia boleh!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top