Nuffnang

"MOOD BAIK" : Najib Beri Bayangan Untuk PRU Ke 14


“Pada masa sama, saya lihat mood negara kini berada dalam keadaan positif, lebih-lebih lagi dengan Sukan SEA ke-29 yang kini sedang berlangsung. Sokongan rakyat boleh dikatakan memuncak di setiap acara pertandingan dan ahli-ahli sukan kita berhempas pulas untuk mencapai kejayaan demi negara,” 

Datuk Seri Najib Razak menyenaraikan beberapa perkara yang menurutnya menjadikan “mood negara” berada dalam keadaan positif, selepas mesyuarat Majlis Tertinggi malam tadi yang turut membincangkan persediaan Umno menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Presiden Umno itu berkata kadar pertumbuhan ekonomi negara mencapai 5.7% pada 6 bulan pertama tahun ini, rizab Bank Negara Malaysia (BNM) kini melebihi paras AS$100 bilion, sentimen pengguna bertambah positif dan sambutan hangat kepada pelancaran MRT di Lembah Klang.

Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti itu, di mana beliau membayangkan PRU boleh diadakan tahun ini apabila berkata Perhimpunan Agung Umno awal Disember ini mungkin terpaksa memberi laluan kepada PRU.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa,” katanya.

Najib menyifatkan semangat ahli Umno “cukup tinggi” bagi menghadapi PRU, yang dijangka buat pertama kali menyaksikan 4 parti pembangkang menggunakan simbol sama.

Kesatuan pembangkang itu bagaimanapun tergugat disebabkan rancangan PAS untuk meletakkan calon ketiga, yang menurut penganalisis memberi kelebihan kepada Barisan Nasional apabila undi pembangkang berpecah.

Najib bagaimanapun berkata masih banyak persediaan belum dilakukan BN.

“Masih ada kerja-kerja yang perlu kita lakukan menjelang pilihan raya nanti.” - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top