Nuffnang

AMEKKAU!!! Padah Buat Rafizi Akibat Dedah OSA


Mahkamah Tinggi hari ini menolak rayuan Rafizi Ramli untuk mengetepikan sabitannya di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) di mana naib presiden PKR itu berdepan hukuman penjara 18 bulan.

Hakim Datuk Azman Abdullah dalam penghakiman lisan hari ini turut mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada November lalu, yang mensabitkan Rafizi atas kesalahan membocor dokumen 1MDB pada sebuah sidang akhbar di bangunan Parlimen tahun lalu.

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 18 bulan.

Azman bagaimanapun membenarkan rayuan Rafizi terhadap sabitan memiliki halaman 98 laporan audit 1MDB, dan membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan di peringkat tertinggi.

Pada Nov 14 tahun lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan Rafizi hukuman penjara 18 bulan terhadap setiap pertuduhan memiliki dan mendedahkan kandungan laporan audit 1MDB yang diklasifikasikan rahsia rasmi di bawah OSA.

Mahkamah mengarahkan kedua-dua hukuman itu dijalankan serentak.

Sekiranya Rafizi gagal dalam rayuannya, beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Pandan, di samping diharamkan daripada bertanding pada pilihan raya akan datang.

Rafizi kini berdepan pelbagai tuduhan termasuk di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan butiran kenyataan kewangan akaun milik National Feedlot Corp (NFC).
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top