Nuffnang

KESALAHAN TEKNIKAL : Jokowi Maafkan Malaysia


“Ini kan kesalahan teknis (teknikal) yang tidak disengaja, tidak mungkin kerajaan Malaysia sengaja. Ini kan mungkin tukang (pihak) percetakannya yang tidak faham, ini soal ketelitian,”

Presiden Joko Widodo pada Isnin memaafkan Malaysia mengenai insiden bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata khas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang diedarkan pada upacara pembukan sukan itu Sabtu lalu.

Staf Khusus Presiden bidang Komunikasi Johan Budi Saptopribowo berkata, presiden itu sememangnya hanya menunggu permohonan maaf dari Malaysia sebaik isu itu timbul.


Media-media dalam talian memetik Johan sebagai berkata presiden yang lebih dikenali dengan nama Jokowi itu juga berharap rakyat Indonesia tidak memberi reaksi berlebihan atas kesilapan petugas Sukan SEA di Malaysia.

“Yang penting, sekarang kan sudah ada permintaan maaf dan (buku cenderamata itu) mahu ditarik (balik), itu yang diharapkan oleh presiden, (dan) Malaysia (sudah) minta maaf,” katanya di Kompleks Istana Kepresidenan di Jakarta Isnin.

Malaysia, menerusi Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman semalam telah membuat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan dan seluruh rakyat Indonesia mengenai kesalahan cetakan bendera Indonesia itu.

"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri ingin menzahirkan perasaan kesal kami mengenai kesilapan tidak disengajakan oleh Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) dalam penyiaran gambar bendera Indonesia dalam buku cenderamata upacara perasmian Sukan SEA Ke-29". 


"Sehubungan itu, kami ingin memberi jaminan kepada Kerajaan Republik Indonesia bahawa segala langkah telah diambil untuk menangani kejadian malang itu."

Anifah berkata Malaysia amat mementingkan hubungan persaudaraannya yang rapat dan mendalam dengan Indonesia.

"Sesungguhnya, sambutan ulang tahun ke-60 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun ini, merupakan detik yang sama-sama kita nantikan untuk meneguhkan lagi penghayatan kita terhadap nilai, budaya dan masa depan kita bersama.

"Dengan berlandaskan semangat inilah, kami berharap dan percaya bahawa kedua-dua negara kita akan terus berinteraksi secara rapat dan sambil itu, mengukuhkan lagi hubungan antara kita dan di rantau ini secara umumnya,? kata beliau.

Sementara itu, Naib Presiden Jusuf Kalla pula berkata semua pihak diminta supaya tidak lagi memperbesarkan isu berkenaan memandangkan kerajaan Indonesia telah memaafkan kesilapan pihak jawatankuasa penganjur Sukan SEA ke-29 itu.

“Kan Pemerintah Malaysia sudah minta maaf, apalagi? Pemerintah (kerajaan Indonesia) menerima itu dengan terbuka, semua orang bisa (boleh) melakukan kesalahan,” katanya seperti yang dipetik oleh Kompas.com.

Beliau berkata kerajaan Indonesia memahami kesalahan yang dilakukan itu bukanlah sesuatu yang sengaja. -Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top