Nuffnang

Minyak Masak Kitar Semula Berisiko - Zubaidi Ahmad


'Minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan,' Zubaidi Ahmad

Kuala Lumpur 9 Nov.- Penggunaan minyak masak kitar semula berisiko menyebabkan penyakit serius seperti keradangan hati, kanser dan serangan jantung.

Anggota Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim) Dr Zubaidi Ahmad berkata minyak yang telah digunakan berulang kali akan menghasilkan kandungan toksik tinggi yang sukar dihapuskan.

"Kandungan toksik yang terdapat dalam minyak kitar semula itu boleh menyebabkan saluran darah tersumbat, meningkatkan tekanan darah seterusnya mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya terutamanya serangan jantung.

"Minyak masak kitar semula juga tidak terjamin dari segi keselamatan dan kebersihannya kerana ia diperoleh daripada sisa minyak terpakai di restoran atau hotel," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Dr Zubaidi berkata walaupun telah dikitar semula termasuk melalui proses pelunturan warna dan penapisan, ia masih tidak mampu menyamai kualiti minyak masak baharu malah tidak selamat untuk digunakan.-BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top