Nuffnang

AMARAN : Parti Muhyiddin Bakal Dibatal Andai Engkar Arahan - ROS


Janganlah degil sangat. Orang dah tegur dan bagi peringatan tu. Jangan nanti kerajaan juga yang dipersalahkan! Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memberi amaran membatalkan pendaftaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika parti itu masih berdegil menggunakan singkatan nama parti BERSATU.
RoS melalui surat bertarikh 9 Nov yang ditandatangani Mohd Nawawi Mat mewakili Pendaftar Pertubhan kepada Setiausaha PPBM menyatakan parti itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan Peraturan-Peraturan-Pertubuhan 1984.

“Adalah diingatkan dan diberi amaran supaya tidak lagi menggunakan nama BERSATU dalam apa juga bentuk program dan aktiviti parti termasuk ceramah, penerbitan serta penggunaan poster, bunting, kain rentang dan sebagainya.

“Jika terdapat bukti menunjukkan pihak PPBM masih lagi menggunakan nama BERSATU, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap PPBM termasuk membatalkan pendaftaran PPBM,” menurut surat berkenaan.

Menurut RoS mereka telah menerima maklumat dimana PPBM masih lagi menggunakan nama BERSATU dalam pelbagai program yang dianjurkan selama ini.

Justeru amaran itu dikeluarkan RoS sebagai peringatan kepada PPBM diingatkan supaya menggunakan nama singkatan seperti yang didaftarkan di RoS sebelum ini.

Pada 8 September lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RoS sudah meluluskan penubuhan Parti PRIBUMI dengan singkatannya PPBM.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kelulusan itu diberikan secara dasar kerana PPBM perlu terlebih dahulu menjelaskan lebih lanjut peranan pengerusi dan presiden parti sebelum surat rasmi kelulusan dikeluarkan.

PPBM diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden manakala Tun Dr Malathir Mohamad adalah penasihat parti itu.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top