Nuffnang

HABISLAH AZMIN : Rafizi Serah Bukti Rasuah Pada Wan Azizah!!!


Jeng...Jeng....Jeng.... Habislah Azmin kali ini. Maka Selangor bakal mendapat MB yang baru. Siapa? Pasti korang boleh mengagaknya sendiri.... Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata bukti dakwaan rasuah di Selangor telah diserahkan kepada presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata parti akan menentukan langkah susulan dan samada maklumat itu patut diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Barangkali, perkara itu akan diangkat ke peringkat parti esok malam,” katanya.

Sebelum ini, pesanan WhatsApp Rafizi dalam perbualan tertutup ahli parti dan penyokong Reformasi, berkenaan dakwaan permintaan wang dan wanita ketika berurusan dengan kerajaan Selangor, telah dibocorkan.

Dalam satu kenyataan Jumaat lepas, Rafizi mengesahkan dakwaan rasuah itu bersifat khusus, namun ia tidak ditujukan kepada mana-mana ADUN atau pegawai kerajaan dalam mana-mana jabatan kerajaan negeri.

Rafizi berkata pesanan yang dibocorkan itu merupakan satu peringatan bahawa rasuah tidak boleh dipandang ringan.

“Itu yang selalu saya ingatkan pada parti,” katanya.

Ketika ditanya samada beliau mempunyai bukti dakwaan rasuah di Selangor, Rafizi berkata: “Bila saya kata saya ada bukti, saya ada banyak bukti.”

Bagaimanapun, katanya, ada sebahagian pihak berpendapat pendedahan isu ini tidak kena pada masanya.

Rafizi menjawab masyarakat cukup bijak untuk menghakimi isu yang dibangkitkan dan ditangani.

Ahli Parlimen Pandan juga berkata beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap individu yang membocorkan pesanan WhatsApp itu kerana apa yang dinyatakan secara tertutup patut dinyatakan secara terbuka.

“Saya akan bercakap perkara yang sama di dalam dan luar parti. Adakalanya, ia diluar konteks. Tetapi itu sesuatu yang boleh kita perjelaskan,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Rafizi berkata apabila seseorang itu memegang satu-satu jawatan, individu itu perlu akui apa yang ditulis boleh terbocor ke pengetahuan orang ramai.

Beliau juga menyedari pendiriannya berkenaan satu-satu isu itu berlainan daripada orang lain.

“Pendirian saya mengenai apa yang betul dan salah mungkin berbeza daripada orang lain. Saya percaya ahli parti perlu dilihat lebih bersih daripada bersih.”

“Jika tidak, apa bezanya kita dengan Barisan Nasional atau UMNO?”

Beliau menekankan pentingnya menjaga tindak-tanduk semasa berkhidmat supaya tidak menjadi perbualan orang ramai.

“Atau apabila spekulasi berlaku dan jika kita tidak memberi jawapan yang bagus, apa bezanya kita dengan (pengendalian) isu 1MDB,” katanya.

Maka atas sebab itu, kata Rafizi, beliau tetap menegaskan parti perlu menangani aduan yang diterima daripada masyarakat.

“Sekiranya mereka tidak bersetuju (dengan saya), elok beritahu pada saya. Ada aduan-aduan yang perlu parti tengok.

“Saya tidak mahu parti berkata ada aduan, tetapi tidak ada bukti jadi tiada tindakan boleh diambil.”
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top