Nuffnang

#UndurAzmin : Gesaan Menteri Besar Selangor Letak Jawatan!!!


Nampaknya Azmin Ali sudah tidak senang duduknya di kerusi empuk Menteri Besar Selangor. Beliau bukan sahaja diserang dari luar malah dari dalam partinya sendiri. Ketika Rafizi dan sekutunya terus mengasak dan membangkitkan soal rasuah seks dan wang dalam pentadbirannya, Menteri Besar Selangor itu turut digesa supaya berundur daripada jawatannya berikutan kegagalannya memperkukuh kerjasama pimpinan kerajaan negeri Selangor di bawah PKR, Pas dan DAP.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata, jika Mohamed Azmin terus kekal, beliau khuatir kerajaan negeri akan terus rebah manakala rakyat Selangor akan terus terpinggir akibat kerakusan politik Mohamed Azmin.

“Azmin juga telah mengeruhkan lagi konflik di antara Pas, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) mengakibatkan kerajaan negeri Selangor kini dalam keadaan rapuh dan berpecah belah,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Beliau menjelaskan, tindakan Mohamed Azmin yang gagal menyatupadukan pembangkang untuk bertanding di Parlimen Sungai Besar membuktikan beliau seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai kekuatan.

“Azmin dilihat gagal memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu bagi berhadapan dengan Barisan Nasional (BN).

“Saya merasakan sudah tiba masanya Azmin berundur dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ,” katanya. (SUMBER)

Khabarnya, dokumen dan bukti yang dikemukakan Rafizi itu "telah meyakinkan" Wan Azizah ke atas isu yang membelenggu Azmin. Hanya keputusan Anwar sahaja yang ditunggu untuk menantikan tindakan seterusnya dari PKR..... sama-sama kita tunggu samada Rafizi atau Azmin yang akan tersungkurrrrrr....



Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top