Nuffnang

ADA TELUR TAK? Beranikah Rafizi Ikut Keputusan Biro Politik PKR?


Keputusan telah dibuat. Soalnya beranikah Rafizi untuk akur dan mengikut keputusan tersebut?

Mesyuarat biro politik PKR malam tadi mengarahkan Setiasaha Agung Rafizi Ramli menyerahkan bukti berkaitan dakwaan rasuah wang dan perempuan dalam kerajaan Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Biro politik telah membuat ketetapan bahawa Saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” kata presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Dalam kenyataannya lewat malam tadi, Azizah berkata biro itu juga akan meneliti dakwaan itu dan anggotanya yang terlibat akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Ampang sebelum ini bercadang menyerah dokumen berkaitan dakwaannya itu kepada Wan Azizah selepas Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan mesej Whatsapp Rafizi berhubung perkara itu.

Mesyuarat malam tadi dikatakan tidak membincangkan desas-desus Rafizi akan ditukar sebagai setiausaha agung.

Politik ini memang sukar difahami..... politik ini boleh berubah sekelip mata.... dan politik ini tiada nama teman sejati.....
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top