Nuffnang

GURU BESAR TERLAMPAU : Jual Dan Peralat Pelajar Dengan "Air Suci?"


PETALING JAYA: Guru besar di sebuah SJKC di Selangor didakwa menjual “air suci” di dalam sekolah.

China Press melaporkan, satu catatan dalam Facebook “Orang Klang” tersebar semalam mendakwa guru besar itu juga akan mengadakan upacara keagamaan pada waktu sekolah dengan menjirus “air suci” di kepala murid-murid.
Menurut catatan di Facebook itu, “air suci” yang diketahui asal-usulnya itu dikatakan boleh membantu memperbaiki keputusan peperiksaan murid serta menghalau syaitan.

Sekolah itu juga didakwa menjual “air suci” itu pada harga RM3 sebotol sebagai air minuman.

Malah, murid sekolah itu juga didakwa dikerah untuk mengangkat “air suci” itu untuk disimpan dalam stor sekolah dan pihak sekolah juga dikatakan menjemput sebuah stesen televisyen terkenal di China untuk merakamkan video promosi “air suci” terbabit.

Akhbar berbahasa Cina itu juga memetik seorang pengguna Facebook yang meninggalkan komen dalam catatan berkenaan sebagai mendakwa anak perempuannya pernah mengambil “air suci” itu pulang ke rumah, namun selepas beliau telah menghalang anaknya berbuat demikian selepas minum air berkenaan dan mendapati ada bau pelik. (SUMBER)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top