Nuffnang

MEMALUKAN : Gadis Bertudung Ini Teruk Dikecam Netizen


Kuala Lumpur – Seorang gadis dikecam pengguna media sosial apabila memuat naik gambarnya bertudung sambil mengenakan kain yang dibelah tepi.

Tinjauan di media mendapati rata-rata menyifatkan tindakan gadis itu sebagai memalukan kerana tidak sopan dan merosakkan imej wanita bertudung.
Gadis yang dikenali sebagai Qadrina Yusman itu memuatnaik gambar tersebut di laman Instagramnya.

“Mereka yang tidak dikenali pasti akan tersadung (melihat fesyen ini), (sedangkan) dibawah kain (yang terbelah ini) saya memakai stoking” tulisnya di status gambar tersebut.

Tidak berpuas hati dengan tindakan gadis tersebut, para penguna media sosial kemudiannya menyebarkan status tersebut sebelum ia viral di laman Facebook.

Berikut adalah antara kecaman-kecaman yang dilemparkan terhadap gadis tersebut:

"Park Shin Hye: Aku yg pkai tudung malu gile bile pmpuan berpkaian mcm tuh.. Aku rase aku sepak je muke dorg.."

"Suzie : Ita pakai stokin bende camtu….da la warna kulit dah tu ikut bentuk kaki pakai kain labuh tunjuk..adoiiii dosa juga tuuuu..xpelah semut sepak je la…"

"Fatin Najihah Zuriyani : Jadahh . Pkai sock tp ikut warna kulit sama je . Tahikkkk"

"Amy Leha :Npe xpkai sluar dlm sj..pas tu pkai tudung kan lbh comel dlht ny"
- SUMBER 

Menutup aurat bagi wanita muslimah merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh syarak. Ianya merupakan suatu ketetapan yang pasti berdasarkan dalil daripada al-Quran dan sunnah. Seorang wanita muslimah itu dibenarkan menampakkan aurat mereka hanya kepada golongan-golongan tertentu seperti yang dijelaskan secara terperinci di dalam al-Quran Surah al-Nur ayat 31 yang bermaksud :
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau …………” .hingga akhir ayat.
Kesimpulannya di sini, mana-mana wanita Muslimah dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan wanita bukan Islam tanpa keperluan tertentu yang mendesak. Mereka dibolehkan membuka aurat mereka kepada wanita bukan Islam hanya sekiranya terdapat keperluan dan meyakini wanita bukan Islam tersebut mampu merahsiakan aurat wanita Muslimah dari dihebahkan kepada lelaki lain. 

Namun harus diingat bahawa anggota zahir sahaja yg boleh dibuka spt lengan, kaki, rambut, leher dsb. Tetapi tidak boleh membuka yang sulit2 kpd mereka. Ini adalah juga untuk menjaga maruah diri wanita muslimah.

Islam tidak menyusahkan wanita. Tetapi ia memuliakan dan memelihara maruah wanita.

WALLAHU ‘A’LAM
Share this article

3 Komen:

  1. Penting ajar anak-anak perempuan maksud menutup aurat dalam Islam. Ibu bapa, peer, Ustaz dan ustazah "paksa " perempuan mereka pakai tudung tanpa penjelasan maksud sebenar tutup aurat!! Yang zahir sekarang ialah tutup aurat ialah pakai pakai tudung! Lain boleh buka!! Jelas sekarang pakai tudung tapi pakai baju seksi, pakai tudung, tapi nampak lengan kepangkai ketiak! pakai tudung tapi berseluar ketat dan baju pendek tunjuk tundun dan buah dada! pakai tudung tapi pakai legging! Yang sialnya pakai tudung tapi beromen di shopping shopping mall ,dan berzina bila ada peluang namum berlakun selamba! Apa jenis Islam orang Melayu sekarang????

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak2 melayu beromen di tangga2 belakang complex memang dr duluuu lagi kak, bukan sekarang je
      akak nak tau tak? budak2 pmpuan bertudung la paliiing senang diajak
      awasi anak2 anda

      Padam
  2. Tak usah lah bercerita pasal stokin tu. Cara bergambar pun dah menjurus kepada fitnah. Saya cadangkan kita semua beringat2 lah dengan facebook, instagram etc...lebih senang mencari dosa dari pahala di situ.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top