Nuffnang

ISYARAT LUCAH KEPADA SULTAN : Polis Tahan Lelaki Melayu


Lelaki, 40 ditahan selepas disyaki menunjuk isyarat lucah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di KM 92 Lebuhraya PLUS dekat Yong Peng, semalam.




Pegawai Kanan Polis merangkap Ketua Keselamatan Sultan Johor, Sugumaran A/L Raman berkata kejadian itu berlaku semasa rombongan perjalanan pulang Sultan Johor dari Muar ke Johor Bahru pada jam 11.20 pagi.


“Suspek yang memandu kenderaan jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan” katanya.

Supek kemudian ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Air Hitam untuk tindakan lanjut.

Hasil siasat polis ke atas suspek mendapati bahawa lelaki itu dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga.

Butiran Laporan :

Assalamualaikum YDH Dato'/Tuan

1. Tajuk : Satu kejadian ugutan jenayah/Isyarat lucah ke atas DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. 
2. No rpt/tkh : Yong Peng/4239-4240/15@20/12/2015@ 12:00Hrs. 
3. Klasifikasi: 506/509 KK 
4. IO Kes :Insp Sugendharan Nair A/L Karunagaran (016-7590306) 
5. Pengadu : Sugumaran A/L Raman G/12547
Pekerjaan: Ketua Keselamatan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
Alt: IPK Johor

6. Mangsa : Tiada

7. Fakta Kes : 
Pada jam lebih kurang 1120hrs @ 20/12/2015 semasa pengadu bersama sjn 70884 Mukhlas Bin Dinyati, Kpl 89563 Hj Othman Bin Hj Mohd Anuar dan Kpl 115767 Maisan Bin Kasim dengan menaiki m/kar nombor pendaftaran:JZ 12 jenis: Porsche Cayenne S sedang mengiringi DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dalam perjalanan dari Muar ke Johor Bahru dan apabila sampai di KM 95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan, telah melihat seorang lelaki melayu yang sedang memandu m/kar nombor pendaftaran BLD 345 jenis Perodua Viva warna putih telah menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan lucah dengan tangan kanan. 

Melihat kejadian itu, DYMM Tuanku Sultan telah memberhentikan kereta yang dipandu oleh baginda sendiri dan mengarahkan pengadu supaya mengambil tindakan terhadap lelaki melayu pemandu yang telah menunjukkan isyarat lucah terhadap baginda. 

Pengadu memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis pengadu kepada pemandu lelaki melayu tersebut dan bertanyakan adakah dia ada menunjukkan isyarat lucah tersebut dan beliau mengaku ada menunjukkan secara lisan dan pengadu bersama anggota yang mengiringi DYMM Sultan Johor terus menangkap lelaki melayu tersebut dan telah meminta butir-butir suspek dan dapati:

Butir-Butir Tangkapan : 

Nama : Md Aris Bin Husin 
No. KPT: 750330015153 
Umur : 40 
Jantina : Lelaki 
Warganegara : Malaysia 
Tarikh Lahir : 30/03/1975 
Keturunan : Melayu 
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor 

Butir-Butir Rampasan: 

No : 1 
Jenis Barang : Kunci Kenderaan Dan Alarm 
Kuantiti : 1 Bentuk 
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan
Cara Disembunyikan : Di Ambil Daripada M/Kar No:BLD 345 Jenis:Perodua Viva warna Putih

No : 2 
Jenis Barang : Motokar (Saloon) 
Kuantiti : 1 Buah 
No Siri : BLD345 
Tempat Dijumpai : Km 92 Selatan L/Raya Utara Selatan 
Cara Disembunyikan : Diambil Daripada Pemandu M/Kar 

Kemudian pengadu dan anggota bawa balik lelaki Melayu tersebut dan rampas kereta Perodua Viva BLD 345 ke Balai Polis Air Hitam untuk mengambil tindakan seterusnya. Sesalinan borang bongkar telah dikeluarkan kepada suspek untuk ditandatangani beliau. Saspek juga ditangkap untuk ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik Ipd Batu Pahat.

Hasil soalsiasat: 

Hasil soal siasat ke atas saspek mendapati bahawa saspek dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor menuju ke rumah ibubapanya di Parit Raja, Johor kerana mempunyai masalah rumah tangga. 

Saspek mengakui perbuatan tetapi menyatakan bahawa tidak menyangkakan orang yang ada dalam kereta tersebut DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Hasil ujian air kencing negatif.

8) Tangkapan : 
Nama : Md Aris Bin Husin 
No. K/p Baru : 750330015153 
Umur : 40 
Jantina : Lelaki 
Warganegara : Malaysia 
Tarikh Lahir : 30/03/1975 
Keturunan : Melayu 
Alamat : No 2 Jalan Melor 2/2 Kg Sri Serendah, Serendah Selangor

9)Tindakan yang diambil. 
i) Rakaman percakapan pengadu
ii) Rakaman percakapan okt.
iii)Reman ke atas saspek.
iv)Rujuk kertas siasatan kepada YA TPR.

Sekian untuk makluman YDH Dato'/Tuan. Terima kasih.
Share this article

2 Komen:

  1. Berapa kali nak kena sebut 'lelaki melayu' dalam polis report tu?

    Kalau orang cina yang menghina Sultan Johor, adakah 'lekaki cina' akan disebut ulang2 dalam polis report?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kiralah berapa kali....pun nak tulis lelaki melayu biar jadi pengajaran buat orang Melayu...kamu ni dah disuruh Allah dan Rasul hormat pada Ulil Amri...tapi kamu madih kurang ajar...padan muka kalau cina yang buat tangkapan memang kena buatlah tapi mereka tu dah terang2 kafir....tak diajar pun..nak hormat orang melainkan kalau merka betul2 mengamalkan agama Buddha atau Ktistian..sebb setiap agama mengajar ke arah kebaikan bukan biadap dan bongkak serta sombong tak bertempat

      Padam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top