Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal kerana usaha mengetengahkan pendekatan wasatiyyah dalam Islam.
Tetapi siapa sangka beliau sendiri pernah terlibat mengislamkan seseorang.
Tetapi siapa sangka beliau sendiri pernah terlibat mengislamkan seseorang.
Perkara itu didedahkan oleh exco Pemuda Umno Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang disiarkan kembali dalam video di YouTube semalam.
Fathul Bari mendedahkan kejadian itu ketika mengkritik pendekatan institusi agama yang sengaja menyukarkan proses memeluk agama Islam di negara ini, dengan pelbagai prosedur menyukarkan.
Menyingkap pengalamannya dengan seorang juruhebah radio, Fathul Bari berkata proses itu menjadi mudah kerana kebetulan ia diislamkan oleh Najib sendiri dan disaksikan oleh menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
“Lepas masuk Islam proses ia (proses) jadi cepat. Jadi terus (melibatkan) perdana menteri, (dan) menteri di Jabatan Perdana Menteri (jadi) saksi.
“Bila kami bawa dokumen (masuk Islam) itu ke pejabat (agama)... ia kan ada tulis yang mengislamkan (ialah) perdana menteri Malaysia.
"Kawan pejabat (agama) itu pegang dokumen ketarlah," ujarnya sambil ketawa.
Fathul Bari ketika dihubungi Malaysiakini petang tadi mengesahkan pengislaman juruhebah itu oleh Najib tetapi tidak mendedahkan butiran terperincinya.
Beliau bagaimanapun berkata peristiwa itu berlaku pada tahun lalu.
Video sama dimuat naik oleh laman pro-Najib MYKMU dengan judul "Perdana menteri mengislamkan juruhebah radio?".
Sementara itu, mengulas prosedur menyusahkan memeluk Islam, Fathul Bari juga mendedahkan terdapat sesetengah masjid yang tidak melayan golongan bukan Islam yang datang untuk mempelajari agama itu terlebih dahulu.
"Kadang-kadang sebahagian daripada pejabat agama ini, prosedur mereka menyebabkan orang kata, tak apalah, minggu depanlah aku masuk (Islam).
"Ini cerita betul berlaku di masjid (di) Petaling Jaya. Saya tak mahu sebut masjid mana, orang mai nak masuk Islam depa suruh balik dulu," katanya sinis.
Malah, katanya terdapat imam yang tidak membenarkan golongan itu masuk ke masjid kerana masih belum Islam.
engkau salah..kamu salah..awak salah mereka salah..aku...aku tak salah..aku tak pernah salah
BalasPadam