Nuffnang

PANASSS!!!! Perjumpaan Ketua Komplot Batal, 20 MP "Clear" - ZAHID HAMIDI

Memetik laporan sebuah portal pro Kerajaan (KLIK SINI) berkenaan perkembangan perjumpaan Ketua Komplot Guling Kerajaan dan status 20 MP BN yang dikaitkan :


Ramai yang tertanya-tanya apa jadi pada pertemuan ketua komplot guling kerajaan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sepatutnya berlangsung jam 6 petang Ahad kelmarin?

Ini maklumbalas dari Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sewaktu sidang akhbar selepas satu mesyuarat di Putrajaya petang Selasa.


"Saya ingin nyatakan bahawa perjumpaan orang tertentu dengan Perdana Menteri yang sepatutnya diadakan pada jam 6 petang hari Ahad telah dibatalkan atas permintaan individu itu sendiri

Ditanya adakah orang itu memberi sebab nak batal, Zahid kata," Ada. Sebab wartawan ramai tunggu dia."

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan wartawan telah berkumpul di kediaman peribadi Perdana Menteri di Jalan Duta dan di kediaman rasmi di Seri Perdana, Putrajaya untuk melihat siapakah orang itu.

"Maka atas permintaan individu itu temu janji telah dibatalkan,"katanya.

Zahid berkata pertemuan antara orang itu dengan Perdana Menteri pasti akan diadakan kemudian, namun beliau tidak tahu bila pertemuan yang baru akan diadakan.

Wartawan kemudian bertanya kenapa polis tidak tahan orang yang mengetuai komplot yang nak jumpa Perdana Menteri itu?

Zahid jawab: "Ada laporan yang telah dibuat kepada pihak polis sebagaimana telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara semalam dan prosesnya ialah apabila laporan telah dibuat, maka penyiasatan dilakukan.

Kertas siasatan telah dibuka dan apabila siap ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan pertuduhan.

Dalam hal ini saya ingin menyatakan bahawa saya telah menyerahkan seluruh maklumat itu kepada pihak polis untuk melakukan siasatan dan bagi pihak Peguam Negara untuk membuka kertas pertuduhan."

Ditanya pula berapa ramai sebenarnya mereka yang terlibat dalam komplot itu, beliau berkata itu kena tanya pihak polis setelah siasatan sepenuhnya dilakukan.

Mengenai desakan NGO dan sebagainya agar beliau dedahkan nama mereka, Timbalan Perdana Menteri berkata, " Tidak boleh didedahkan sebab kalau didedahkan maka ia akan membantutkan proses siasatan.

"Tetapi saya ingin menyatakan tidak ada seorang pun daripada 20 nama Ahli Parlimen BN sebagaimana terpapar di dalam blog tertentu (semalam) yang telah didekati untuk dibeli bagi menandatangani akuan bersumpah itu.

"Saya ingin mengesahkan tidak ada seorangpun daripada 20 itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan. Oleh sebab itu clear kanlah nama mereka."

Ditanya pula mengenai cakap-cakap yang tersebar kononnya Ahli Parlimen Gua Musang ,Tengku razaleigh Hamzah salah seorang ahli komplot itu, Zahid cuma kata," saya serahkan pada pihak polis untuk mengenalpasti dan melakukan siasatan."
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top