Nuffnang

KUTUK MUHYIDDIN : Azwan Ali Kecut Teloqqq!!!


Kerana mengkritik bekas Timbalan Perdana Menteri TS Muhyiddin Yassin didalam laman Instagramnya, pelakon dan pengacara Azwan Ali atau lebih dikenali oleh netizen sebagai Diva AA kini terpaksa membuat laporan Polis.

Laporan tersebut dibuat oleh Azwan kerana terdapat satu ugutan untuk mencari dan memukulnya didalam instagram tersebut.

Seorang lelaki yang menggunakan nama razaleesaudi91 telah mengeluarkan kenyataan mengugut untuk mencederakan selebriti itu kerana dikatakan menyentuh soal politik khususnya berkenaan Muhyiddin Yassin.

Ekoran dari ugutan individu berkenaan, ramai peminat Azwan menyarankan agar laporan Polis dibuat demi keselamatan pengacara terbabit. Dan sejurus selepas itu Azwan memuat naik beberapa keping gambar beliau yang berada di balai Polis.

Menurut Azwan, beliau hanya mempertahankan Perdana Menteri Malaysia dan tidak takutkan sesiapa kecuali Allah SWT. - Utaranews.com




Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top