Nuffnang

BERSATULAH MELAYU : Pesanan Sultan Johor Kepada Zahid!!!


"Sultan Ibrahim mengingatkan saya bahawa Umno dilahirkan di Istana Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak mahu campur tangan dalam politik namun baginda berharap orang Melayu kekal bersatu.

Ekoran pertemuan dengan Sultan Johor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya pihak istana berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyatakan, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tidak menyatakan perkara itu dalam bentuk kata-kata.

"Saya percaya sultan berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.

"Baginda sultan berharap Melayu boleh kekal bersatu.

"Walaupun baginda tidak menyatakannya, saya yakin baginda mengharapkan Umno untuk menyatupadukan orang Melayu," katanya kepada perwakilan dalam mesyuarat tahunan Umno Kota Tinggi hari ini.

Ahmad Zahid berada di Johor untuk merasmikan mesyuarat perwakilan tiga bahagian Umno dan pagi tadi menghadap Sultan Ibrahim.

Sebelum ini baginda mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top