Nuffnang

HIDAYAH : Alhamdulillah Akhirnya Stacy Benar-Benar Peluk Islam

 

Desas-desus mengenai penyanyi kelahiran AF, Stacy untuk memeluk Islam telah agak lama tersebar di media sosial. Hubungan intim beliau dengan penyanyi beragama Islam Akim Ahmad lebih menguatkan dakwaan tersebut.

Seorang peminat normancastrosantos dalam kemaskini terbarunya di laman sosial instagram telah memaklumkan yang penyanyi Stacy AF telah selamat memeluk agama Islam baru baru ini. Beliau hadir ke Jabatan Agama Islam ditemani ibunya bersama kekasih yang juga selebriti, Akim Ahmad.

Stacy AF juga dikhabarkan telah memilih nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah sebagai nama Islam beliau. Tahniah dan selamat datang kepada saudara baru kita jika berita ini benar.

Bagaimanapun, seantero Malaya tahu hubungan Stacy dan Akim bukan main-main lagi malah Akim pernah membuat kenyataan bahawa dia (Stacy) sudah tidak jauh lagi ke arah untuk memeluk agama Islam sepenuhnya. 

Biarpun perkara itu yang akhirnya menjadi isu sensitif sekitar bulan Mei lalu, hari ini tersebar pula di laman sosial tentang Stacy telah selamat memeluk agama Islam.

Pengirim menulis, "Alhamdulillah, penyanyi Stacy baru sahaja selamat memeluk Islam sebentar tadi. Stacy yang diiringi ibu bapa Akim & ibu Stacy. Nama Islam Stacy sangat indah, Ummu Syaikhah Stacy Abdullah."
Maklumat ini terlalu baru untuk dihadam dan mungkin juga terlalu sensitif untuk terus dipercayai melalui satu gambar tersebut. Sejauh mana kebenarannya akan kita ketahui tak lama lagi. 

Apapun tahniah kepada Akim kerana menjadi asbab untuk Stacy memeluk agama Islam atas izin Allah. 

Semoga Allah membalas dengan kebaikan.

Kalau betul perkara ini, tak lama lagi kita akan dengar tentang Akim dan Stacy mahu menamatkan zaman bujang mereka. Kita doakan :)
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top