Nuffnang

AWAS!!! Liberalisasi Agama Melalui Kempen "I Want To Touch A Dog"



Bersikap ihsan kepada haiwan sememangnya satu tuntutan dalam Islam termasuk berlaku ihsan ke atas Anjing. Telah terbukti di dalam hadith yang sahih seorang pelacur tua telah dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum seekor anjing yang kehausan.


"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Namun, kempen "I Want to Touch a Dog" bukanlah cara yang dimaksudkan oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam.

Bersikap ihsan bukan bermaksud membela ataupun membelai. Sebaliknya ia bermaksud menjaga hak-hak haiwan trsebut. Sebagai contoh, apabila sakit ianya dirawat, apabila lapar diberi makan.

Bagi orang Islam, anjing tidak boleh dijadikan "pets", dibelai-belai, dimanja-manjakan, berbeza dengan kucing yang boleh menjadi teman kita bagi umat Islam.

"Kucing ini tidaklah najis. Sesungguhnya kucing merupakan haiwan yang sering kita jumpai dan berada di sekeliling kita." (HR. At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa’i, Ibnu Majah, Ad Darimi, Ahmad, Malik. Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil no. 173 mengatakan bahwa hadits ini shahih)

Islam menetapkan kucing adalah haiwan peliharaan dan disifatkan dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. Namun, kita diizinkan pelihara anjing dalam dua keadaan sahaja iaitu:

1. membela anjing untuk menjaga keselamatan
2. membela anjing untuk memburu

Selain daripada itu, tidak pernah diizinkn oleh syariat malah menjadi janggal acara seperti "I Want to Touch a Dog" diadakan apatah lagi diasaskan oleh orang Islam sendiri.

Saya menyokong sepenuhnya apa yang dilaksanakan oleh sahabat saya salah seorang Doctor Pakar di pusat perubatan swasta yang mengadakan rawatan percuma ke atas anjing-anjing pemburu masyarakat orang asli yang cedera. Perbuataan ini dikategorikan bersikap ihsan kepada anjing.

Saya bukan anti anjing, Tapi saya cuba sampaikan mengikut perspektif syariat dalam isu ini. Umat islam tak perlu 'support' kempen seperti ini. Sebaliknya umat Islam perlu 'support' kempen "Ihsan" kepada haiwan secara keseluruhannya termasuk anjing dan lain-lainya. Ini membuktikan ke-universal-an Islam.

Adakah selepas ini akan ada program "I Want to Touch a Pig" ? Allahua'lam ....

Lihat gambar-gambar di bawah takut-takut ada saudara-mara, anak atau abang dan kakak kita yang turut terlibat menyertai kempen tersebut :








Pendakwah bebas, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, ihsan di sini lebih menjurus kepada merawat haiwan itu ketika sakit atau apabila ia lapar diberinya makan. 

"Oleh itu, umat Islam tidak boleh menjadikan anjing sebagai haiwan pemeliharaan untuk tujuan dibelai atau dimanjakan, berbeza dengan kucing yang ditetapkan sebagai haiwan peliharaan kerana ia disifatkan dekat dengan manusia tetapi bukan anjing. 



Untuk lebih jelas... Berikut petikan fatwa menyentuh anjing untuk panduan semua yang mungkin sedang terkejut membaca kempen menyentuh anjing di Damansara semalam...

Ia boleh dibaca sepenuhnya di sini :


SUMBER

Share this article

2 Komen:

  1. Entah yang peluk anjing/pegang /kena air liur anjing tu samak ke tidak, tak tahulah.
    kempen minum arak ramai-ramai dah! majlis pegang anjing dah!! lepas tu majlis pegang babi pulak nanti? . Nak tunjuk orang Islam ni toleran pada benda-benda haram!!! apa nak jadi Islam kat Malaysia ni ! penganjur sepatutnya disiasat dan didakwa kerana menghina sensitiviti agama/ orang Islam. Jabatan agama sial ambik tindakan.

    BalasPadam
  2. Pelan2 Islam Liberal masuk....
    Yang tak boleh, mula diringan-ringankan...lama2 boleh...
    Melayu Islam yang memang cetek ilmu sedaya upaya nak cari hujah utk benarkan perkara yang tak boleh...
    Cakap Rasulullah dan ulama taknak ikut, lebih percaya cakap orang yang kurang kredibiliti hal agama.
    JAKIM tolong buat roadshow permasalahan najis berat ni. Ustaz2 dan ulamak dimintak main peranan, jangan hebat berkokok di medan politik saja..
    Bila timbul hal macam ni, selalu main selamat...menyorok...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top