Persoalan atlet mana yang terlibat dalam isu doping hampir terjawab apabila Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri, semalam mengesahkan pemain elitnya didapati positif mengambil dadah terlarang melalui ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.
Sumber BAM menjelaskan, pemain yang didapati positif ujian doping itu adalah lelaki, selain turut meraih pingat pada Sukan Asia di Incheon.
Namun, nama atlet tersebut masih dirahsiakan sehingga memperoleh keputusan sampel B.
Atlet tersebut didapati mengambil dadah tahap rendah, namun tetap diharamkan oleh Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).
“Saya tidak ingat jenis dadah yang diambil. “Pemain badminton tersebut diyakini mengambilnya secara tidak sengaja tetapi dia sepatutnya lebih berhati-hati.
“Buat masa ini BAM tidak mahu membuat apa-apa kenyataan sebelum keputusan sampel B diketahui, malah semua pihak juga sudah maklum tentang perkara ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
“Ini juga boleh dianggap sebagai kes berprofil tinggi dan kami perlu memastikan semuanya diteliti sebaiknya sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan,” kata sumber BAM tersebut.
Antara pemain lelaki yang beraksi pada Sukan Asia di Incheon ialah, jaguh No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei, Chong Wei Feng, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Goh Soon Huat, Goh V Shem, Tan Wee Kiong, Tan Boon Heong dan Hoon Thien How.
Jika pemain itu didapati bersalah dia akan berdepan penggantungan dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan.
Ini juga adalah insiden doping kelima menimpa sukan negara tahun ini selepas pingat emas atlet wusyu, Tai Cheau Xuen pada Sukan Asia ditarik kerana positif dadah.
Sebelum itu, tiga atlet Sukan Malaysia didapati gagal ujian dadah, masing-masing dalam sukan angkat berat serta berbasikal.
- SUMBER
Persoalannya, SIAPA PEMAIN TERSEBUT?
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....