GARA-GARA mercun, berlaku satu rusuhan di sebuah stesen minyak Shell di Lundang, Kota Bharu, beberapa hari lalu.
Menerusi maklumat daripada beberapa blog tempatan, kejadian bermula apabila sekumpulan lelaki membaling mercun ke arah kereta di stesen minyak tersebut.
Ini menyebabkan pemilik stesen naik berang kerana khuatir ia akan menyebabkan kebakaran.
Justeru, dia bertindak mengejar kumpulan berkenaan hingga ke sebuah kedai berdekatan sebelum menyembur mereka dengan penyembur kebakaran.
Tindakan itu menyebabkan mereka dan orang awam yang turut terkena tempias semburan itu naik angin sehingga menyebabkan kekecohan dan kerosakan di stesen minyak berkenaan.
Kesimpulannya, perkara ini tidak akan berlaku sekiranya pihak yang bermain mercun itu menggunakan akal mereka dengan sebaik-baiknya.
Apa relevannya bermain mercun di tempat awam, apatah lagi stesen minyak yang sememangnya berisiko tinggi untuk terbakar?
Tak ada sivik sungguh…
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....