Penulis sebenarnya cuba untuk mengelakkan kekeruhan antara kaum serta agama di Malaysia ni. Bukan apa, bukan semua "binatang" yang suka menghina dan mempersenda agama orang lain. Masih ada yang begitu menghormati agama lain melebihi penganut agamanya sendiri. Akan tetapi, kelemahan penguatkuasaan serta "pilihan kes" membuatkan ada "binatang" yang begitu berani menggunakan FB sebagai medium untuk membangkitkan amarah penganut agama lain.
Rasanya masih baru lagi apabila Shahul Hamid didedahkan berceramah di dalam masjid di Shah Alam, seorang pegawai polis di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman segera membuat laporan polis. Manakala Pemuda MIC pula segera menganjurkan demonstrasi dengan laporan-laporan polis sehinggakan Shahul Hamid ditangkap dan perlu memberi keterangan di Shah Alam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.
Walaupun Shahul Hamid ustaz PAS dan sepertimana yang diketahui, ustaz-ustaz PAS memang nadanya adalah seperti Shahul Hamid, namun hakikat yang berlaku ialah, mengapa wujud layanan double-standard terhadap orang Melayu dan bukan Melayu.
Klip video yang menyebabkan Shahul Hamid dikecam oleh MIC adalah rakaman di dalam sebuah majlis ilmu di dalam sebuah masjid iaitu tempat tertutup. Yang pasti, Shahul Hamid tidak menyedari ia adalah rakaman yang dimuatnaik ke Youtube dan dia juga tidak menggalakkan perbuatan tersebut.
Sedangkan pada masa yang sama, penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam pula semakin menjadi-jadi. Mengapa hanya orang Islam sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan orang bukan Islam bebas melakukan penghinaan?
Perhatikan dan bacakan printscreen yang tertera di atas. Adakah anda rasa, ia merupakan perkara main-main? Adakah anda rasa, ia adalah perkara-perkara remeh tetapi apabila yang melakukannya orang Melayu-Islam, maka ia akan dianggap menggalakkan perkauman atau mewujudkan perasaan kebencian terhadap agama lain?
Dipetik dari SUMBER
Bagaimana pula tindakan ke atas seorang lagi individu yang bernama Kelvin Yap? Butirannya KLIK SINI. Sehingga seorang Menteri turut menggesa tindakan tegas diambil ke atas beliau.
Apakah ini namanya KEADILAN?
Selagi Najib tidak dipecat, selagi itulah Islam akan terus dihina di Malaysia atau dikenali sekarang sebagai Cinasia. Bukan itu saja,akibat Najib bersumpah tidak kenal Atlantuya tapi fakta kes menunjukkan sebaliknya,negara kita ditimpa bala seperti Lahad Datu,MH 370,MH 17. Sekurang-kurangnya Anwar lebih baik kerana tidak bersumpah dan menipu macam Najib Al Mongolia.
BalasPadampolitik sepatutnya dipergunakan utk mengukuhkan kedudukan agama islam dlm negara. Tapi sebaliknya berlaku, baik PR mahupun BN kedua-duanya terpaksa berlembut dgn bukan islam kerana ingin memastikan sokongan drp mereka semasa PRU nnt.
BalasPadam.. sejak beberapa tahun kebelakangan ini macam-macam benda tidak masuk akal berlaku di negara ini... dari perkara penghinaan bangsa, penghinaan agama, kapalterbang hilang, kapal terbang kena tembak, pihak berkuasa mati pucuk dan berat sebelah, banduan boleh kempen dan tukar pemimpin, pengganas menyerang negara, Obama pula tidak dijemput pun ngada-ngada datang dan pemimpin negara mamai dan hilang hala tuju..
BalasPadam.. tentu ada isu yang sangat besar sedang berlaku apabila semua yang ditampuk pemerintah sudah jadi enau... cakap-cakap pun tinggal rhetoric..
itu cerita dalam negara...
.. cerita luar negara pula, tragedi yang berlaku yang membabitkan negara ini telah menjadi bahan catur antarabangsa... sebelum ini cerita kehilangan MH370 yang belum terungkai sehingga hari ini yang melibatkan ramai rakyat Negara China, diketika itu tentera US sedang berlatih dengan Vietnam dan Philipina di Laut China Selatan.. saolah-olah ada tangan ghaib yang mahu Negara Cina bertindak ganas, .. kini cerita penembakkan MH17 di Ukraine,.. juga guna skrip yang sama cuma kali ini pertaruhannya adalah Russia, dan anehnya Malaysia juga yang dijadikan alat percaturan..
.. tidak seperti cerita MH370, DSN saolah-olah punya kuasa luarbiasa mampu menyelesaikan masalah dalam sekelip mata dan nada kata pula nampak lebih kuat berbanding sebelum ini...
.. semua petanda menunjukkan ada perkara yang sangat besar akan melanda negara ini yang tidak diberitahu.. tidak mungkin negara ini tidak punya risikkan dan strategist yang boleh menjangka dan merangka tindakkan untuk mengurangkan impak jika tidak untuk mengelak sebarang malapetaka burok..
itu cerita berkaitan negara, belum cerita tentang trajedi yang akan berlaku dan negara ini akan menerima tempias, seperti tindakkan US dan sekutunya yang seperti kena sawan gila babi untuk mencetuskan perang secara besar-besaran,.. jalan cerita terbaharu menunjukkan rancangan mereka untuk dijadikan Ukraine tempat proxy war seperti Vietnam nampak gagal.. Russia dan China yang sekarang bukan lagi apa yang US dan sekutunya jangka 20 atau 50 tahun dahulu... 'false flag' sudah tidak menjadi..
.. oleh itu dalam keadaan sekarang, mungkin tindakkan berundur beberapa langkah oleh pemimpin dan pihak berkuasa terbabit ada hikmahnya, .. lagi pun cuma orang Melayu di Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan sebagai beragama Islam.. dan cuma orang Islam yang beriman kepada Allah swt... dan tentunya majoriti orang Islam punya sifat sabar yang tinggi, terutama apabila orang Islam dalam keadaan sangat lemah dan kebetulan ada tangan-tangan ghaib yang mengambil kesempatan dari keadaan masa ini... walau pun Islam itu lahir di Jazirah Arab, namun sekarang terbukti mereka langsung tidak mencerminkan sifat masyarakat Islam beriman yang sebenarnya... saudara mereka dirumah sebelah disiat-siat oleh shaitan dan mereka bukan sahaja tidak mampu menghalangkan, bahkan berkomplot bersama... bahkan hingga hari ini, kita yang jauh yang ambil tahu sehinggakan shaitan sangat marah kepada negara kita...
fikir-fikirkan lah...