Nuffnang

GEMPARRR!!! Menteri Kabinet Letak Jawatan Kerana Isu Gaza!!!


“Dengan rasa penuh kesal, saya telah menyerahkan surat perletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri. Saya tidak boleh lagi terima polisi kerajaan ke atas Gaza,” 



Menteri Kabinet Britain, Baroness Warsi, telah mengumumkan peletakan jawatannya daripada kerajaan berikutan polisi Britain ke atas Gaza.


Warsi merupakan wanita pertama Islam yang memegang jawatan itu sama sekali tidak bersetuju dengan polisi Britain menyokong hak Israel untuk mempertahankan diri. 

Warsi menyandang jawatan Menteri Kanan di Pejabat Luar dan Komanwel serta Menteri Keagamaan dan Komuniti di Jabatan Komuniti dan Kerajaan Tempatan.

Dia juga sebelum ini merupakan Pengerusi Parti Konservatif setelah menyertai Kabinet pada 2010.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, khabar perletakan jawatan itu sangat menyedihkan dan berharap Warsi dapat mempertimbangkan semula keputusannya dan kembali bertugas di dalam kerajaan semula. 

Warsi sebelum ini pernah melanjutkan pengajian di Leeds University, kemudian bekerja untuk Crown Prosecution Service sebelum menubuhkan firma guamannya sendiri. - Agensi
Share this article

1 Komen:

  1. Warsi adalah loyer yang dapat membezakan antara dunia-dunia yang berbeza--guaman/world politic/kemanusiaan

    dalam dunia guaman: peguam boleh saja membela dua pihak bertelagah

    dalam dunia politik, politikus boleh saja jadi lalang yakni condong ikut pihak mana yang menyumbang political mileage.

    dalam dunia kemanusiaan, Warsi tidak mampu menyembunyikan nilai keinsanan dan tidak mahu bersekongkol dengan rakan sendiri yang meletakkan nilai keyahudian mengatasi kemanusiaan.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top