Nuffnang

ANWAR : Majlis Syura PAS Tak Tahu Apa-Apa, Mahu Wan Azizah Jadi MB Selangor!!



KEADILAN mahu memperjelaskan lagi maklumat berkaitan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak diketahui oleh Majlis Syura PAS. Langkah itu kata Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Majlis Syura PAS kurang fakta sebenar berkaitan Menteri Besar Selangor itu.

Kerana itu katanya, Majlis Syura PAS mahu mengekalkan Abdul Khalid.


“Saya fikir ada isu yang kita perlu perjelaskan kepada mereka (Majlis Syura) yang mereka tidak ketahui sebelum ini.

“Khalid bukan saja seorang pemimpin KEADILAN dan Menteri Besar tetapi juga seorang rakan. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini luar daripada etika,” kata Anwar.

Beliau menjelaskan demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.

Anwar dalam pada itu turut menggesa anggota dan kepimpinan parti supaya patuh kepada keputusan parti yang mahu melantik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor.

Rabu lalu, Majlis Syura PAS bertegas mahu mengekalkan Abdul Khalid sebagai MB.

Dalam perkembangan berkaitan, PAS menangguhkan lagi mesyuaratnya berhubung kedudukan Abdul Khalid kepada 17 Ogos ini selepas memutuskan semalam bahawa ia ditangguhkan ke 13 Ogos.

Sementara itu, Abdul Khalid yang diminta Lembaga Disiplin parti untuk hadir ke sesi pendengaran yang dijadual 3 petang tadi memohon penangguhan sesi itu kepada 15 Ogos.

Beliau memaklumkan mengenai ketidakhadirannya melalui surat jawapan tunjuk sebab yang dihantar Setiausaha Politiknya, Mustafa Mohd Talib ke ibu pejabat parti pagi tadi.

Antara soalan Lembaga Disiplin yang perlu dijawab Abdul Khalid adalah isu penstrukturan air Selangor, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), penyelesaian luar mahkamah pinjaman Bank Islam, elaun baru MB dan kenaikan cukai lesen perniagaan.

Terkini, Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, masa depan Abdul Khalid akan dibincangkan bersama pemimpin kanan parti itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), esok.

Katanya, keputusan surat yang dikirimkan Abdul Khalid dan semuanya akan diputuskan dalam mesyuarat itu.
Share this article

2 Komen:

  1. Kata telus, satu pakatan pub tak tahu. Apa lu cakap lah Nwar. Porahhhh

    BalasPadam
  2. Anwar Ibrahim sendiri menghancurkan Parti Keadilan Rakyat.

    Lebih cepat dia masuk penjara lebih aman rakyat Malaysia terutamanya rakyat Selangor

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top