Nuffnang

Tahniah Rakyat Selangor!!! YB PAS Sedia Terima MB Dari DAP


Krisis jawatan Menteri Besar Selangor kini telah jauh menyimpang di mana PAS Selangor telah membuat pusingan "U" dengan membenarkan jawatan Menteri Besar Selangor diberikan kepada wakil DAP.

Ini disebabkan ramai di kalangan pemimpin dan ahli PKR dan PAS yang menentang pemilihan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sepang, Hanifa Maidin dari PAS membidas pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menidakkan sokongannya terhadap Wan Azizah sebaliknya mempertahankan Khalid Ibrahim.

Hanifa menjelaskan perkara itu semasa forum 'Krisis Selangor: Pakatan Rakyat Berpecah' yang diadakan bagi membincangkan langkah terbaik dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor.

Forum yang turut dihadiri Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli itu turut mengakui Langkah Kajang yang dilancarkannya itu bertujuan menjatuhkan Khalid Ibrahim dan melantik Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dari sumber yang diperoleh mengatakan :

"Anwar tidak perlu sibuk untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) sebab Khalid sendiri telah bermesyuarat akan membubarkannya pada masa terdekat."

Kata sumber yang turut berada dalam mesyuarat tersebut yang diadakan Ahad lepas, Khalid dilihat sudah bosan dengan desakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mesyuarat tertutup yang berlangsung di sebuah tempat itu turut menyenaraikan nama-nama calon PKR untuk bertanding pada pilihan raya negeri nanti.

"Khalid sendiri akan bertanding tetapi sebagai calon bebas.

"Jika ini berlaku, puaslah hati Anwar untuk melihat Khalid jatuh tanpa memikirkan buruknya sikap beliau di mata rakyat," katanya.

Jelasnya, pilihan raya negeri jika berlaku adalah sesuatu yang amat jijik dalam sejarah politik negara kerana ia berpunca daripada masalah dalaman parti sendiri.

"Biarlah rakyat menilai dan terserahlah kepada rakyat juga untuk nembuat keputusan memilih siapa," ujarnya
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top