Nuffnang

Inilah Pakatan!!! DAP Sarawak Engkar Kepimpinan Pusat PR!!!



Tindakan DAP Sarawak dianggap kurang matang dan tidak membantu untuk menyelesaikan masalah apabila menarik diri dari berkerjasama dengan PAS di peringkat negeri Sarawak, kata Ahli Parlimen Batu,Tian Chua.

Penarikan diri ini disebabkan tindakan PAS yang mahu meneruskan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.




Tian Chua yang kecewa dengan tindakan yang diambil oleh DAP Sarawak itu kerana keputusan ini dibuat secara sendirian tanpa perbincangan dan rundingan dari rakan Pakatan Rakyat yang lain.

"DAP Sarawak ini seolah-seolah tidak merujuk kepada kepimpinan pusat DAP dan ini bertentangan dengan semangat muafakat Pakatan Rakyat. Ini seharusnya dibincang dengan kepimpinan bersama oleh pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya.

Tian Chua menyifatkan tindakan DAP ini seperti tidak ada keyakinan terhadap kepimpinan pusat DAP.

Pada 20 Julai lalu, DAP Sarawak mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam melaksanakan hudud di Kelantan dikatakan bukan sahaja menentang manifesto semasa pilihanraya umum ke-13 malah menentang prinsip asas dan semangat perlembagaan persekutuan dalam perjanjian Malaysia.

DAP Sarawak akan menarik balik kenyataan itu daripada Pakatan Rakyat sekiranya PAS Malaysia kembali ke dasar bersama yang dinyatakan didalam manifesto pilihanraya ke-13.

Selain itu, Tian Chua memberitahu perkara ini masih dalam perbincangan, setakat ini katanya tiada mana-mana pihak lagi yang mengingkari daripada perjanjian manifesto yang telah ditandatangani oleh ketiga-tiga parti.

"Saya juga ingin menegaskan bahawa parti PAS dan juga DAP perlu mengadakan lebih banyak sesi berdialog bersama dan bukan menggunakan media secara terbuka yang seolah memberi gambaran Pakatan Rakyat berpecah dalam isu ini.

"Kita seru kepada pihak pimpinan pusat untuk mengambil tindakan yang menggalakkan ketidaklarasan dalam Pakatan Rakyat dan memupuk perpaduan di kalangan anggota Pakatan Rakyat," ujarnya ketika dihubungi.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top