Nuffnang

HASUTAN!!!! Polis Akan Siasat Kit Siang!!!



Polis akan mengambil keterangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam tempoh terdekat ini, berhubung kenyataannya dalam laman portal The Rocket mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya telah menerima beberapa laporan berhubung kenyataan itu kerana ia didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan.

"Kata-kata beliau (Kit Siang) dalam artikel tersebut berbaur hasutan, kita akan siasat Kit Siang di bawah Akta Hasutan," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan juadah berbuka puasa kepada anggota trafik Kuala Lumpur, di Pulau Tiga Jalan Estafan, di sini, hari ini.

Kit Siang, dalam satu artikelnya bertajuk 'Malaysians will not rest until justice is done for the killing of Teoh Beng Hock' pada Rabu lepas, mempersoalkan kenapa belum ada tangkapan terhadap pembunuh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada EXCO kerajaan negeri Selangor.

Khalid berkata, kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu cuba mempengaruhi rakyat bahawa kematian Beng Hock itu seolah-olah akibat dibunuh.

"Jangan cuba menimbulkan perkara yang tidak benar yang boleh menimbulkan kemarahan dan syak wasangka kepada orang ramai," katanya.

Pada 16 Julai 2009, Beng Hock, ditemui mati di lobi aras lima, Plaza Masalam di Shah Alam, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.
Share this article

2 Komen:

  1. pollis malaysia terlalu pengecut dengan Cina. tgk saja negara2 lain dalam dunia ni mana ada mereka nak bagi cina kerakyatan. nak bagi bernafas kat tanah mereka pun tak boleh. cina di malaysia boleh menghasut dan porak perandakan msia lagi seolah2 perang komunis dulu tak cukup.

    BalasPadam
  2. Bangsa cina ni hampir sama dgn yahudi....dpt sikit nak semua!
    Hati xpernah puas selagi msia ni xjatuh kt tgn depa...
    Muka pun mcm komunis je...

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top