Nuffnang

NAIB PRESIDEN : HISHAMMUDDIN DAH MENYERAH KALAH?





Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau akan tetap bersama Umno sekalipun gagal mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya semenjak 2009.

Menteri Pertahanan itu berkata, beliau hanya mahukan ahli Umno memberikan Presiden dan Naib Presiden satu saf kepimpinan terbaik untuk membawa Malaysia ke satu tahap yang paling baik.




“Apa pun yang terjadi saya akan terus menyokong perjuangan parti. Saya akan terus berkerja. Saya akan terus berjuang dengan Presiden untuk meneruskan perjuangan Umno,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Utusan Online yang disiarkan secara langsung.


“Sekarang sudah suntuk. Tidak ada dah masa untuk berkempen. Saya akan terus berjuang walau apa pun terjadi,” katanya.

Hishammuddin sekali lagi menolak dakwaan terdapat arahan daripada peringkat tertinggi Umno untuk mengekalkan penyandang jawatan naib presiden seperti yang digembar-gemburkan.

“Ahli perlu fikir apa yang berjaya kami lakukan. Kami sudah berjaya dan ahli perlu lihat semua itu. Apa pun tidak ada 'wahyu' daripada sesiapa.

“Tidak ada klik. Kami bekerja untuk semua. Ahli perlu melihat itu. Apa yang kami sudah lakukan. Kami bekerja,” katanya.

Menurut bekas Ketua Pemuda Umno itu, pengalamannya dalam parti itu dan dua kementerian yang beliau terajui kini menjadi aset utama kepada perwakilan Umno untuk menilainya.

“Sejarah akan ingat kita memimpin parti dalam keadaan sukar dan kita berjaya. Saya rasa tiada siapa buat ramalan kerana pertama kali pemilihan dibuat oleh akar umbi.

“Ujian pertama keputusan presiden dan timbalan presiden sudah dilalui. Tiada insiden berat. Esok sayap akan diuji. Semua ini bukan hanya dilihat ahli Umno malah semua rakyat dan dunia sedang memerhatikan. Saya yakin mereka akan membuat keputusan tepat.

“Mereka pasti akan melihat perjuangan kami yang lama dengan baik,” katanya.

Hishammuddin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal merupakan penyandang jawatan naib presiden Umno.

Selain itu Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir; bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut bertanding menjadikan pertembungan enam penjuru bagi jawatan itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top