Nuffnang

Kuasa Menteri VS Kebebasan Media!!! Apa Komen Anda?





Dilemma, dilemma.....huh siapa yang BERKUASA? Wartawan atau Menteri? KEBEBASAN VS KEBENARAN yang perlu diutamakan? Di bawah adalah artikel yang cukup menarik untuk kita fikirkan yang dipetik dari SUMBER INI.



MENGAKU bebas kononnya portal Malaysiakini ya, padanlah marah betul bila wartawannya kena sound dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi tempoh hari. Habis semua cerita etika dan sebagainya keluar kerana nak membantah tindakan Zahid ‘menyound’ wartawannya yang cuba provok Menteri tersebut dengan soalan berkaitan dengan finding dari Laporan Ketua Audit Negara.

Tapi dimana Malaysiakini ketika Anwar memperlekehkan wartawan dari portal berita internet, TV3 dan Utusan yangcuba mendapatkan penjelasan darinya berhubung pelbagai isu - dari sokongan terhadap Israel, membawa kepada kes video lucahnya (jam Omega), mana bunyi Malaysiakini pasal etika? Yang kena perlekeh punwartawan jugak.

Apakah Zahid dan Anwar ada 2 set etika kewartawanan yang berbeza? Sebab Anwar tu pembangkang, so apa yangdia buat beretika (walaupun jelas tak beretika sampai nak tanya soalan pun diugut saman)? Atau sebab Zahid Menteri UMNO, apa dia buat semua tak betul?

Orang ramai tak tahu bahawa Anwar adalah penentang terbesar kebebasan media. Dari dalam UMNO lagi Anwar dah buat perangai ini apabila meletakkan orang-orang dia menerajui organisasi gergasi media seperti Utusandan MRCB – yang dulu menguasai pegangan dalam TV3 dan NST.

Tujuannya supaya media ini hanya memberi fokus kepada dia dan dia sahaja. Sebab itu siapa yang sudah celik politik waktu itu, dapat lihat bagaimana Anwar mendapat coverage yang begitu meluas, sehinggakan sepatah dua perkataan Melayu lama yang digunakan dalam pembentangan bajet negara pada waktu itu, direkayaksakandengan begitu meluas sekali, malah diletak di muka hadapan akhbar.

Kesan dari krisis matawang antarabangsa 1997 juga lambat dihadam oleh rakyat kerana media terlalu memberi fokus kepada Anwar dan sepatah dua perkataan Melayu lama yang disebut dalam bajet.

Walhal kerajaan dah terima impak buruk kesan dari krisis tersebut pada bulan Julai tahun sama, tapi sebab Anwar sembunyi semua bawah karpet (dengan bantuan media kawalannya), rakyat mula sedar tentang krisis tersebut, hanya pada Jun 1998. Padanlah nak buat loan susah dan interest bank (BLR) pulak asyik naik tiap-tiap bulan.

Akibatnya ramai yang tidak sempat mencari jalan keluar, bank pun tak sempat nak cari sumber pembiayaan baru untuk tampung permintaan pinjaman sebab Bank Negara (sebut Anwar) kata “Don’t worry, we find the solutuion for you”.

Semua itu sebab kebebasan media versi Anwar Ibrahim pada waktu itu. Bila Tun Mahathir step in, baru semuanyajelas yang negara ada masalah besar.


Jadi penulis ajak semua, carutkan sajalah Malaysiakini ini. Dengan mengaku bebas itu pun, jelas menunjukkan pembohongan yang besar. Mana ada bebasnya bila kewangan syarikat tersebut antara lain ditampung oleh pihak asing yang ada kepentingan sama dengan parti-parti pembangkang (terutama PKR dan DAP), selain rapat dengan Anwar Ibrahim.

Apa syarikat pun akan beroperasi mengikut kepentingan pemegang saham, dan dalam isu ini pemegang sahamtersebut ialah (antara lain) pihak asing yang punya hubungan rapat dengan parti pembangkang.

Yang nyata, imej Zahid sedang memuncak sekarang akibat peristiwa tersebut. Inilah yang rakyat mahukandari Menteri Dalam Negeri, tegas dalam melayan karenah provokasi pembangkang atas alasan kebebasan media.

Sudahlah Ops Cantas yang dilancarkan pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dibawah kepimpinan Zahid berjaya mengembalikan semula keyakinan awam terhadap tahap keselamatan negara, ketegasan yang ditunjukkan Zahid dalam berhadapan dengan media pembangkang ini, melonjakkan lagi namanya ke tahap tertinggi untuk mengekalkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO buat kali kedua berturut-turut.

Jangan silap, penulis bukan tolong kempen, tapi inilah yang sedang berlaku dibawah ini sekarang, Pemimpin lain patut buka mata, moral dari kes Zahid dan Mkini ini menunjukkan rakyat mahu kerajaan dan pemimpin yang tegasbuat keputusan, bukan asyik timbang, asyik amaran dan lain-lain yang seumpama dengannya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top