Nuffnang

MUFLIS!!! UMNO Semakin Tandus Pemimpin Berkualiti?




Macam mana la nak jadi pemimpin? Sekali imbas, kita boleh nilai sendiri betapa UMNO begitu ketandusan calon-calon pemimpin dari akar umbi ketika ini. Sampaikan calon yang telah diistihar muflis pun masih mahu diangkat sebagai pemimpin. Dan jumlah yang tercalon dari kalangan muflis bukannya sedikit, 334 orang, ramai tu....

Petang tadi, Jawatankuasa Pemilihan UMNO telah mengumumkan bahawa seramai 1,703 perwakilan UMNO tidak layak untuk mengundi pada pemilihan parti itu, bulan ini.


Menurut pengerusi jawatankuasa itu, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, mereka tidak layak mengundi ataupun menyertai persidangan tersebut kerana didapati muflis.

Bagaimanapun beliau memberitahu, daripada kira-kira 146,000 perwakilan UMNO seluruh negara, seramai 33,012 orang calon layak bertanding pada pemilihan UMNO pada peringkat bahagian.

Katanya jumlah itu selepas mengambil kira 334 orang yang diisytiharkan muflis serta 495 lagi yang telah menarik diri dari bertanding.

Sementara itu, jumlah muktamad calon bertanding pada pemilihan UMNO peringkat Majlis Tertinggi (MT) ialah seramai 260.

Menurut Tajol, jumlah itu adalah selepas seorang daripada calon disahkan tidak layak bertanding.

Tajol berkata demikian pada satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur petang tadi.

Bayangkan apa akan terjadi pada PRU 14 yang akan datang sekiranya pemimpin-pemimpin UMNO terus-terusan berpuak-puak dalam saf yang sama. Orang ini sokong team ini, orang itu sokong team itu. Sampai bila?

Pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui kepimpinan UMNO kali ini perlu menggembleng  tenaga bagi memastikan wujud kesinambungan serta memperbaiki usaha-usaha melahirkan pemimpin UMNO yang "tulen" dalam erti kata yang lain yang benar-benar memperjuangkan bangsa dan agama. Bukan apa, kerana ketika ini lebih ramai pemimpin dalam UMNO yang berperanan sebagai pemimpin kerajaan dan bukannya pemimpin parti. Ada PAHAM?
Share this article

0 Komen:

Catat Komen

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top