Nuffnang

HINA ISLAM!! Abby Di Pihak Alvin dan Vivian?




Isu kebiadapan pasangan blogger seks, Alvin dan Vivian yang berani mengajak umat Islam menikmati makanan bak kut teh (sup tulang khinzir) sewaktu berbuka puasa mendapat respon yang berang dari rakyat Malaysia. Semua mahukan pihak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pasangan melampau ini.

Dari sudut politik, parti DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertindak seperti memahami sensitiviti umat Islam yang tersinggung setuju agar Alvin dan Vivian dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Apa yang pelik, parti PAS hanya senyap dan tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai isu ini. Seolah-olah ia bukanlah isu yang berat dan harus dipandang remeh sahaja.

Cuma, yang bersuara adalah ‘ustazah’ segera yang lahir dari parti PAS, Abby Abadi. Suara yang dilontarkan pun hanyalah menerusi laman sosial Twitternya. Yang mengejutkan, Abby bukan bertindak mengatakan tindakan pasangan itu memang salah, sebaliknya menyalahkan pihak yang menghentam Alvin dan Vivian.

“Org bkn ISLAM menghina ISLAM dgn perkataan,bkn main tunjuk perasaan lg mreka2 itu tp tanpa sedar mreka sendiri menghina ISLAM dgn perbuatan”

“Mengaku ISLAM, ikut undang2 ISLAM. Baru manisss nk pertikaikan kebiadapan org bkn ISLAM yg menghina ISLAM”

Kenyataan yang dibuat oleh Abby itu umpamanya seperti mempertahankan perilaku biadap yang dibuat pasangan berbangsa Cina ini. Sudahlah seperti mempertahankan Alvin dan Vivian, disalahkan pula orang Islam yang lain. Memang ‘ustazah’ kontroversi ini tidak menyatakan siapa ‘mereka’ itu, tetapi ia jelas menunjukkan orang Islam.

Kalau dibaca kenyataan Abby, tidak ada salahnya. Memang umat Islam tidak patut melatah apabila Islam telah dihina dan diperlekehkan kerana ada caranya menangani penghinaan yang dibuat oleh penganut agama lain.

Tetapi, Abby harus sedar yang kita berada di Malaysia yang punyai undang-undang yang perlu diikuti memandangkan kita hidup berbilang bangsa, kaum dan agama. Memang undang-undang Allah S.W.T itu lebih hebat berbanding yang dibuat oleh manusia. Tetapi, sekiranya tidak ada undang-undang yang diwujudkan di sesebuah negara, keharmonian agama, bangsa, kaum hatta kehidupan manusia tidak akan aman. Maka, akan berlakulah kekacauan dan pergaduhan seperti negara bukan Islam yang ada.

Islam adalah agama yang datang daripada Allah S.W.T yang amat mulia dan terpuji. Kita sebagai penganut agama Islam, Islam meminta kita memelihara dan pertahankannya dari dicemari oleh musuh-musuh yang jahil dan kufur. Di antara tuntutan Islam bagi memelihara agama ini ialah melarang umatnya menghina agama dan kepercayaan umat lain.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 108: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka telah lakukan.”

Sama juga bagi penganut-penganut agama yang lain. Pastinya agama mereka juga meminta mereka menghormati agama lain. Dalam kes Alvin dan Vivian, mereka berdua secara terang tidak menghormati agama Islam dan institusi undang-undang Malaysia. Mungkin juga Alvin dan Vivian tidak berapa menekankan keagamaan dalam kehidupan mereka, disebabkan itu cara hidup mereka bebas. Tetapi itu tidak seharusnya mendorong mereka untuk menghina apatah lagi mencemuh kesucian agama lain.

Dari kenyataan Abby yang dibuat menunjukkan orang Malaysia yang beragama Islam seperti tidak layak atau marah dalam menegur perbuatan biadap Alvin dan Vivian. Hanya kerana individu itu tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya.

Abby tidak sedar sebenarnya, dengan membenarkan manusia seperti Alvin dan Vivian menghina sekali agama Islam, tidak mustahil ia akan diulang lagi dan lagi. Mungkin juga nanti akan muncul pula individu dari agama lain yang akan mengikut jejak seperti pasangan ini.

Bukanlah bermakna Abby perlu memaki-hamun pasangan ini apatah lagi memukul sebagai cara mengatasi isu ini. Cukup dengan kesedaran Abby sebagai umat Islam mempertahankan kesucian Islam seperti tidak menyokong kebiadapan Alvin dan Vivian, bukannya memandang rendah umat Islam yang mencuba pertahankan kesucian Islam.

Seperti yang dikatakan tadi, sekali membiarkan penganut agama lain menghina Islam, penghinaan itu akan berterusan nanti. Sama juga sekiranya penganut Islam menghina agama lain.

Kesimpulannya ialah penghinaan secara terbuka terhadap agama lain boleh membawa sifat prejudis mereka terhadap Islam. Bahkan kejahatan mereka yang melampau akan merugikan umat Islam apatah lagi dalam suasana sebegini. Allah S.W.T. memerintahkan kita berdakwah bukannya mencela atau menghina. Islam tidak perlu kepada pelaris yang bersifat menghina kepercayaan orang lain. Kerana Islam terlalu indah.

Share this article

6 Komen:

  1. Lantak le Abby nk ckp ape pun..mulut dia hak dia..xpyh le nk buat skandal mcm2..biarla pihak bertnaggungjawab menyelesaikan kes dorg..

    BalasPadam
  2. Hem.....silap2 dia sama2 buat macam bdak2 2....tayang pda umum.Hem syoknya tengok!

    BalasPadam
  3. Kita tahu Abby sebagai ustazah segera yang baru je kahwin lagi tu memang tak reti nak membezakan antara kebiadapan terhadap ugama dengan kepentingan politik yg dianutinya.

    Ikutilah kupasan saya dalam http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/07/alvin-dan-vivian-hina-islam-mahkamah.html

    BalasPadam
  4. setakat masuk PAS, ceramah sana sini dah jadi USTAZAH ? APA YE KELULUSAN DIA ? Diploma dalam ape yea ? Degree dalam apa yea ?.. Sorri la, klu kes macam ni pon still nak backup 2 EKOR Haiwan tu ? kau muhasabah diri la Abby .. Islam ke kau ?

    BalasPadam
  5. bila si JAHIL berbicara..beramal tanpa ilmu....ini lah akibatnya...

    BalasPadam
  6. bukan nak bela sesiapa ... pada zaman nabi Muhammad S.A.W turut ade kafir laknatullah yang menghina Islam,, bukan saja menghina, tapi, menawarkan bermacam2 tawaran kepada nabi supaya menghentikan dakwahnya .. ujian kepada nabi, lbih teruk.tetapi kita, baru saja dihina, sedikit, sudah bertelagah sesame diri.. muhasabah diri .. kiita adelah khalifah di muka bumi ini, tapi bukan tuan kepadanya.. kita tak layak judge orang ,, tuhan lagikan maha pengampun, kita pula siapa ?? think about it .. membanteras maksiat ade 3 care , secare tangan (kuase) , lisan(nasihat) dan hati(niat menjauhi maksiat itu, tp ini slemah-lemah iman) ... bila secare kuase, biarlah adil. memberi nasihat secare berhemah, barulah perkare sebegini dapat dikurangkan.. insya Allah ..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top